Puding Sagu Selasih Gula Merah

aIMG 6430 1 - Puding Sagu Selasih Gula Merah


Puding Sagu Selasih Gula Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sago kecil
1 sudu besar biji selasih
1 liter air utk merebus
1 cawan santan pekat (kotak)
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
1/4 sudu teh garam

Sirap Gula
1 cawan gula merah
1/3 cawan air
2 helai daun pandan

Satukan gula merah, air dan daun pandan.
Masak sehingga gula larut, kemudian tapis.  Biarkan sejuk.

Potongan buah-buahan yg di sukai

aIMG 6476 - Puding Sagu Selasih Gula Merah

Cara-cara :

  1. Rendam biji selasih sehingga kembang, toskan.  Cuci sagu, toskan.  
  2. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan sagu.  
  3. Masak sehingga sagu menjadi jernih.  Angkat dan toskan ke dlm penapis.
  4. Alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.
  5. Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dgn selasih.  
  6. Dalam periuk, satukan santan, gula, air dan garam.  
  7. Masak sehingga panas saja, tidak perlu mendidih.
  8. Sejukkan santan dahulu, kemudian gaulkan dgn sago selasih tadi.
  9. Masukkan ke dlm gelas tinggi atau cawan dessert dan simpan di dlm peti sejuk.
  10. Untuk menghidang, tuang sirap gula merah dan tabur dgn potongan buah-buahan.
aIMG 6429 - Puding Sagu Selasih Gula Merah

Puding Sagu Selasih Gula Merah

Loading...

Tags: #Gula #Merah #Puding #Sagu #SELASIH

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Puding Sagu Selasih Gula Merah"