PUDING SAGU PELANGI

DSC 0471 1 - PUDING SAGU PELANGI

DSC 0476 - PUDING SAGU PELANGI

DSC 0484 - PUDING SAGU PELANGI

Puding sagu pelangi yg tak berapa nak pelangi.. Kak Nina tak ikut sangat warna pelangi sebab Kak Nina malas nak basuh mangkuk banyak-banyak.. 3 warna ni pun dah nampak menarik kan..

Puding sagu ni lebih sedap bila di mkn bersama kuah kastard.. tapi di sebabkan bulan-bulan puasa ni.. tak larat la nak buat macam-macam. mkn macam ni pun ok… 🙂

RESEPI PUDING SAGU PELANGI

Bahan-bahan:
20g Agar-agar tali (1 bungkus)
1200ml air
1 1/2 cawan gula
200ml santan (1 kotak)
1 cawan sagu (rendam bersama 2 cawan air sehingga kembang)
2 cawan air (untuk merebus sagu)
sedikit garam
perwarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuatnya:

DSC 0441 - PUDING SAGU PELANGI
Rendam sagu dgn 2 cawan air sehingga kembang.
DSC 0447 - PUDING SAGU PELANGI
Kemudian masak sagu dgn 2 cawan air lagi sehingga kelihatan jernih. angkat dan tapis sagu. Lalukan di bawah air mengalir utk membuang kanji sagu agar tidak melekat-lekat.

DSC 0448 - PUDING SAGU PELANGI
Bahagi sagu kepada 3 bahagian. dan warnakan mengikut kesukaan.

DSC 0449 - PUDING SAGU PELANGI
Masak agar-agar tali dan gula sehingga sagu hancur dan larut.

DSC 0450 - PUDING SAGU PELANGI
Tuang santan. kacau sebati. Angkat bila agar-agar kelihatan mendidih.

DSC 0452 - PUDING SAGU PELANGI
bahagi pula agar2 kepada 3 bahagian. Masukkan kedalam adunan sagu tadi.
– Akhir sekali. sediakan loyang atau acuan agar-agar. 
– Cedok sesenduk adunan merah.. masukkan dlm peti ais. keraskan seketika.
– Bila lapisan pertama dah keras, lorekkan/kelas permukaan dgn pisau.
– Tuang lagi lapisan ke 2 iaitu warna kuning. 
– Lapisan ke 3 pula warna hijau.
– ulang proses yg sama sehingga adunan habis.
– sejukkan di dlm peti ais.


Loading...

Tags: #Pelangi #Puding #Sagu

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Leave a reply "PUDING SAGU PELANGI"