Puding Milo Oreo utk dessert

Bismillahirrahmanirrahi
Dessert of the day, abaikan milo yg tak berapa larut tu sebab nak cepat 1f601 1 - Puding Milo Oreo utk dessert😁
pudingBmiloBoreo - Puding Milo Oreo utk dessert



PUDING MILO LAPIS OREO
Sumber : Noraslinda Bugal & Blog Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli.

BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
750 ml air
160 gram gula pasir (saya letak 130 gm)
1 tin susu cair 400 ml
3/4 cawan serbuk milo (saya letak 100 gm)
1 bungkus biskut oreo 137 gram (patahkan 2)

CARA MEMBUATNYA
1. Masak serbuk agar2,air dan gula pasir sehingga larut,masukkan susu cair,kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain,campurkan serbuk milo dan kacau sehingga rata dan tidak berketul.
3. Ambil 1 cawan puding milo tadi dan tuang ke dlm acuan/loyang,bakinya dibiarkan di atas dapur dgn api kecil supaya tidak beku.
4. Bila lapisan puding milo hampir membeku,tuangkan kesemua puding putih/plain tadi.Tabur dgn kepingan biskut oreo.Biarkan mengeras sedikit.
5. Kemudian tuang baki puding milo ke atas lapisan puding putih/plain.Biar membeku pd suhu bilik sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk. 

TIPS MELAPIS :
Jangan biar lapisan membeku sepenuhnya sebab lapisan seterusnya nanti tidak melekat
Jika membeku semua,cakarkan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
Pastikan puding masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik.


Loading...

Tags: #Dessert #Milo #Oreo #Puding

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Puding Milo Oreo utk dessert"