PUDING KEREMEL PERASA KOPI

009 2 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI

Assalamualaikum…
Salam sejahtera buat semua teman yg Uj sayangi….
Alhamdulillah..bersua kembali kita setelah kesian lama Uj menyepikan diri..Bila dah lama tak menaip ni..malas pulak rasanya nak mngetuk keyboard.Ilham pun takder.
Walaubagaimana pun Uj paksakan jua diri ni utk berkongsi resepi yg sekadarnya buat semua teman-teman Uj..
Resepi ni dah lama didalam simpanan Uj .Disebabkan Uj sibuk dgn urusan seharian memaksa Uj utk menjeruk dulu resepi ni hehe…

022 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI

Ekceli Puding keremel ni dah biasa Uj buat..Tapi kali ni Uj cuma tambah perasa kopi jer pd adunana puding ni..Ermm tak menghampakan rasanya…Masih tetap sedap lagi pd tekak Uj..Resepi asalnya di sini.Dimana Uj intai dr blog Azie kitchen.
Uj pernah juga buat sebelum ni di sini.Disebabkan rasanya yg sedap sangat maka selalulah Uj membuatnya.Terutamanya anak Uj suka benar dgn puding  keremel ni.Berkali-kali anak dara ni mkn.Kali ni Uj buat secara bath steam pulak.Masak puding ni didalam oven seperti kita membuat kek keremel @ japanese cheese cake.Uj menggunakan api dibahagian bawah sahaja.Memang  wallahh…strukturnya lagi halus..dan lagi sedap rasanya pd tekak Uj.Gula keremelnya juga Uj hanguskan sedikit.Sebabnya Uj nak dapatkan rasa air gula yg pahit-pahit sedikit…

Oklah kali ni Uj pelbagaikan lagi rasanya dgn perasa kopi pulak..Uj guna nescafe mild 3 in 1.
Ok jom ke resepi….

006 1 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI
Puding Karamel – Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas


Untuk puding:

1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air

5 – 6 telur – buang mata ( Uj guna 5 biji telur dibuang tapi pusatnya)
1 sachet nescafee mild 3 in 1 
 secubit garam ( Uj tambah) 
 sedikit esen vanila


Untuk keremel:

11/2 cwn gula pasir
3 cawan air


Bahan tambahan:

air panas utk diisikan kedalam dulang pembakar
Sedikit mentega utk disapukan disekeliling remekin

Cara cara:

 
 

1.    Utk membuat keremel satukan gula dgn air.Masak diatas api yg perlahan sehingga gula
       menjadi air gula yg berwarna perang.Bila air gula dah menjadi perang ,ketepikan.
2.    Ambil remekin.Sapukan keliling remekin dgn sedikit mentega.Tuangkan air gula tadi
       kedalam remekin dgn menggunakan sudu.Ketepikan.
3.    Panaskan oven 250 degree.
4.    Satukan bahan puding dan kacau sebati perlahan-lahan.Bila kesemua bahan dah sebati,tapiskan.
5.    Setelah ditapis,masukan adunan kedalam mangkuk remekin tadi.
6.    Masukan remekin kedalam dulang dan tuang air panas kedalam dulang ( seperti membuat
       japanese cheese cake).Masaklah secara bath steam @ steam bath..Masak sehingga puding masak.
7.   Bila puding dah masak sejukan terlebih dahulu kemudian barulah diterbalikan diatas piring…

Ermmm…jom intai..

020 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI

….Dan hasilnya……

004 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI

            Okeyyy Enjoyyy..

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 1 - PUDING KEREMEL PERASA KOPI
Loading...

Tags: #KEREMEL #KOPI #PERASA #Puding

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "PUDING KEREMEL PERASA KOPI"