PUDING KELADI SELASIH

Loading...

Assalamualaikum, 

Perkongsian resipi pemanis mulut utk petang ini adalah Puding Keladi Selasih. Maaflah hari ini saya tidak dapat bercerita panjang sebab sehari dua ini termasuk juga hari ini saya agak sibuk dgn jadual kerja harian. Langsung sahajalah kita layan resipi puding Keladi Selasih yg saya sediakan step by step dibawah ini ye dan selamat mencuba ❤❤❤  
PudingBKeladiBSelasih - PUDING KELADI SELASIH
PUDING KELADI SELASIH

Bahan A

10gm agar-agar bertali

3 ½ cawan air

½ cawan gula pasir

1 paket sumi

2 sudu besar biji selasih (Rendam dlm air panas sehingga kembang)

Cara membuatnya :


1.   Masak agar-agar dgn air sehingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar sehingga mendidih dan matikan api dapur.

pudingBkeladiBselasihB BstepB1 - PUDING KELADI SELASIH


2.  Masukkan biji selasih kedalam agar-agar, kacau sehingga sebati dan matikan api dapur.

PudingBkeladiBselasihB BstepB2 - PUDING KELADI SELASIH 
3. Sediakan Loyang saiz 8 x 8inci, susun sumi dlm loyang, tuang  agar-agar perlahan-lahan atas sumi sehingga habis dan biarkan sederhana beku. PudingBkeladiBselasihB BstepB3 - PUDING KELADI SELASIH
Bahan  B

10gm agar-agar bertali

1 ½ cawan air

½ cawan gula pasir

1 tin susu cair

Secubit garam 

2 sudu besar pes keladi (double lion)

Cara membuatnya :


1.   Masak agar-agar dgn air sehingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar sehingga mendidih. Masukkan pula susu cair, secubit garam dan dua sudu besar pes keladi.

PudingBkeladiBselasihB BstepB4 - PUDING KELADI SELASIH 

2.  Akhir sekali tuang agar-agar tersebut kedalam Loyang tadi dan sejukkan seketika sebelum masukkan kedalam peti ais.

pudingBkeladiBselasihB BstepB5 - PUDING KELADI SELASIH
Loading...

Tags: #KELADI #Puding #SELASIH

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "PUDING KELADI SELASIH"