PUDING JELLY SUMI

PUDINGBSUMI - PUDING JELLY SUMI

Assalam buat semua..
Hari ini nak kongsi resepi puding yg saya buat minggu lepas.
Kalau buat colourful macam ni baru nampak meriah kan.
Ilusi optik..nampak sejuk dan ceria.
Let’s try buat.

PUDING JELLY SUMI

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula/ikut manis sesuai
1 paket jelly sumi
pewarna yg di sukai
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan agar-agar dan air ke dlm periuk dan didihkan sehingga agar-agar hancur.
  • Tambahkan gula secukup rasa,garam dan susu cair.
  • Angkat dan asingkan kepada 3 warna
  • Susun jelly sumi dlm acuan pilihan.
  • Masukkan satu senduk agar-agar dan tunggu ia keras sedikit.
  • Kemudian masukkan warna-warna seterusnya setiap lapis.
  • Sejukkan dlm peti sejuk.

Tip
Basahkan acuan agar-agar dgn air terlebih dahulu supaya mudah di keluarkan nanti.
Setiap kali letak adunan baru,lorekkan agar-agar dgn garfu dan agar-agar mestilah panas supaya setiap lapisan tidak terpisah semasa kita memotong nanti.

Loading...

Tags: #JELLY #Puding #Sumi

author
Author: 
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas
    CARA MENGOLAH GURITA RAKSASA YG LEZAT
    MENYIANGI GURITA YG BENAR Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Mee Goreng Melayu daripada Chef Haji Ismail
    Asyik pening kepala fikir nak masak apa untuk BERBUKA PUASA? Chef Haji Ismail

    Leave a reply "PUDING JELLY SUMI"