PUDING BISKUT MARIE

Assalamualaikum, 

Apa khabar semua pembaca yg sudi masuk ke blog ni. Uii…dah lama benar blog terbiar tanpa sebarang update. Maklumlah cuti sekolah selalunya sibuk sangat di pejabat dan tempoh mendiamkan diri tanpa sebarang update juga saya menghabiskan cuti thnan dgn melancong ke negara jiran terdekat yg kaya dgn kuliner sedap-sedap belaka dan syurga membeli belah iaitu Bangkok, Thailand. InshaAllah…nanti bila-bila saya ingat nak update jugalah cerita percutian didalam blog ni. Utk hari ni cuma nak warm-up je mood menulis yg dah lama kelaut dan perkongsian yg pertama adalah resipi puding biskut marie.

Jom kita tengok step by step puding biskut marie yg saya sediakan dibawah ini dan selamat mencuba.
PudingBBiskutBMarie - PUDING BISKUT MARIE

PUDING BISKUT MARIE 
Bahan A (Kisar Halus) 
10 keping biskut marie – original 
1 biji telur
150ml air 
½ tin susu cair 

Bahan B
10gm agar-agar serbuk
600ml air 
1/3 cawan gula pasir 

Cara membuatya :

1. Masak agar-agar bersama semua bahan B. Sementara menunggu mendidih dan gula larut, kisar semua bahan A sehingga halus.
pudingBbiskutBmarieB BstepB1 - PUDING BISKUT MARIE2. Tuang bahan kisar kedalam agar-agar yg telah larut tadi dan kacau sehingga sebati dan mendidih. Matikan api dapur.
pudingBbiskutBmarieB BstepB2 - PUDING BISKUT MARIE3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa.
pudingBbiskutBmarieB BstepB3 - PUDING BISKUT MARIE4. Basahkan acuan, ambil sesenduk adunan dan lapiskan berselang seli  sehingga habis adunan.
pudingBbiskutBmarieB BstepB4 - PUDING BISKUT MARIE5. Setelah sejuk sedikit, masukkan kedalam peti ais. 
pudingBbiskutBmarieB BstepB5 - PUDING BISKUT MARIE


Loading...

Tags: #Biskut #Marie #Puding

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "PUDING BISKUT MARIE"