Pucuk Paku Goreng Pedas

IMG 3571 1 - Pucuk Paku Goreng Pedas


Sayur Pucuk Paku Goreng adalah antara sayuran yg saya gemari. Saya memang suka sayuran kampung berbanding dgn sayuran bandar. Tips yg saya baca ialah pucuk paku disiang dgn menggunakan jari sahaja supaya kita tahu bahagian yg lembut. Kalau guna pisau, bahagian keras pun akan termasuk sekali.

Kalau dengar jer pucuk paku, pasti yg terbayang ialah pucuk paku goreng belacan, sayur lemak pucuk paku dan rendang pucuk paku. Adalagi tak resepi lain yg sedap utk dimasak pucuk paku? Kalau ada, tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Insya Allah satu hari nak cuba masak rendang pucuk paku dgn kerang yg dicadangkan oleh isteri sahabat kami. Katanya sangat sedap dan sangat serasi. Saya tertangguh tangguh kerana malas nak mengupas kerang sendiri dan keduanya kerana saya alah dgn semua mknan laut yg bercengkerang. 
IMG 3570 - Pucuk Paku Goreng Pedas

Resepi pucuk paku goreng pedas ini lebih sedap jika diletakkan sedikit belacan. Tapi seperti biasa, saya tak letak belacan kerana takut malamnya nanti tergaru garu sana sini.  Sekarang saya dah terpaksa berjumpa dgn doktor pakar kulit kerana masalah allergi. Kalau letak belacan, memang semerbak wangi dapur kita semasa menumis.  

Teringat masa kecil dulu, suka mkn colek. Apa apa jer blh, buah kundang yg saya panggil buah gemia, betik yg tak berapa masak, mangga semua dimakan secara cicah colek. Itu jer lah life sbg anak kampung. Sebelah petang selepas balik dr sekolah, dok bawah pokok kundang beramai ramai sambil mencicah. 

Colek diletak biasanya cuka atau kicap sbg bahan utama. Yg lain, garam, gula, cili padi dan belacan. Yg lagi best, saya suka meratah belacan. Blh ambil dan gigit gitu gitu jer. Syukurlah kerana diberi juga peluang utk menikmati belacan dlm hidup ini.  

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba….
IMG 3568 - Pucuk Paku Goreng Pedas

Pucuk Paku Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat pucuk paku
Garam

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili padi hijau & merah – ikut pedas disukai
Sejemput ikan bilis
Belacan – jika mahu lagi sedap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk yg ditumbuk kasar sehingga naik bau. 
IMG 3563 - Pucuk Paku Goreng Pedas
IMG 3564 - Pucuk Paku Goreng Pedas


Masukkan pucuk paku yg telah disiang dan kacau rata. 

IMG 3565 - Pucuk Paku Goreng Pedas

Masukkan sedikit air utk melembutkan pucuk paku dan juga garam secukup rasa. 


Kacau rata sehingga pucuk paku lembut. Blhlah ditutup api dan sedia utk dihidangkan. 
IMG 3567 - Pucuk Paku Goreng Pedas


Loading...

Tags: #GORENG #Paku #PEDAS #Pucuk

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Pucuk Paku Goreng Pedas"