
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh 6 sehingga 12 bln bg mengkaji semula pelaksanaan kaedah baru bayaran balik pinjaman pendidikan.
Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata, tempoh itu diperlukan bg mendapatkan formula baru kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dgn pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yg diterima drpada semua pihak.
“PTPTN menerima keputusan yg dibuat oleh Kabinet utk menangguhkan dasar baru yg diumumkan sebelum ini. Kerajaan sememangnya berhasrat utk membantu rakyat, terutamanya peminjam drpada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah) agar tidak terbeban.
“Kami akan mengadakan ‘engagement’ dgn pihak berkepentingan termasuk pemegang taruh, majikan, peminjam, belia muda dan kementerian yg terlibat,” katanya kepada program Ala Carte Pagi Bernama Radio, di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu (7 Dis) Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baru bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yg dijadualkan bermula Januari depan.
Dalam pd itu, Mastura berkata, semua peminjam PTPTN termasuk yg dikenakan tindakan penguatkuasaan yg membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Okt thn lalu sehingga 31 Dis ini layak mendapat diskaun 20%.
Sumber: Free Malaysia Today
Tags: #balik #Baru #Bayaran #kaedah #kaji #Lebih #masa #Perlu #Pinjaman #PTPTN...