PTPTN – FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
syarat 1 - PTPTN - FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman
FAQ [ Frequently Ask Questions] Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
1. Siapakah yg layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Peminjam yg mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
  • Bagi peminjam IPTS, program yg diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi drpada MQA.
2. Bagaimanakah cara memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yg lengkap kepada PTPTN bagi menikmati insentif ini dlm tempoh 12 bulan (1 thn) drpada tarikh konvokesyen.
Dokumen yg perlu disertakan ialah:
  • Borang Akuan Pelajar bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yg telah lengkap diisi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yg disahkan.
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yg disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi drpada MQA yg disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Ijazah Sarjana Muda yg diperolehi adalah setaraf dgn Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pd Ijazah).

Nota:
  • Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yg bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam.
  • Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

3. Siapakah yg blh mengesahkan salinan transkrip dan Ijazah?
  • Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yg bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/skrol mengikut cawangan IPT peminjam. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

4. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semasa belajar di UPM dan kini sedang menyambung pengajian dlm program Sarjana di UM. Blhkah saya mendapat pengesahan utk dokumen Ijazah dan transkrip saya drpada Bahagian Akademik UM?
  • Tidak blh. Pengesahan dokumen hanya blh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yg mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dlm kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan drpada Bahagian Akademik UPM.

5. Saya telah membatalkan pinjaman pendidikan PTPTN kerana menerima penaja lain dan telah lulus pengajian dgn Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Blhkah saya memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan ke atas jumlah pinjaman yg diterima sebelum pinjaman tersebut dibatalkan?
  • Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yg tidak bertindih dgn penaja lain. Sekiranya terdapat pertindihan, peminjam perlu menyelesaikan jumlah pinjaman yg bertindih.


6. Saya telah menamatkan pengajian lebih awal drpada tempoh lazim yg ditetapkan IPT. Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik blh diberikan ke atas jumlah pinjaman yg diterima dlm tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yg diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.

7. Apakah sebab-sebab peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yg telah diterima?

Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yg diterima sekiranya:
  • Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
  • Bertindih Tajaan;
  • Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

8. Bagaimanakah kaedah bayaran balik bagi baki jumlah pinjaman yg tidak layak dikecualikan di atas sebab-sebab yg dimaklumkan pd soalan 7?
  • Penjadualan semula pinjaman ke atas baki jumlah pinjaman yg tidak layak dikecualikan akan diberikan dan peminjam adalah tertakluk utk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yg baharu
  • Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dlm tempoh sebulan selepas pertimbangan pengecualian bayaran balik ke atas jumlah pinjaman yg layak diberikan.
  • Peminjam dikehendaki membuat penyelesaian penuh ke atas baki hutang pinjaman sekiranya tidak mahu membuat bayaran balik secara ansuran bulanan melalui Penjadualan Semula pinjaman.

9. Bagaimanakah utk saya mengetahui status permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan saya?
  • PTPTN akan memaklumkan status dan keputusan permohonan kepada pelajar melalui surat atau peminjam blh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
Sumber : PTPTN
Loading...

Tags: #balik #Bayaran #Pengecualian #Pinjaman #PTPTN...

author
Author: 
    Demi Artis Cantik Ini, Sang Pria Rela Pindah Agama dan Menikah di Hotel Mewah!
    slidegossip.com – Artis cantik Nadia Saphira kini telah resmi menjadi istri dr Mikael
    Pantas Saja Diceraikan, Ternyata Begini Kelakuan Mellya yg Jadi Alasan Cerai UAS!
    slidegossip.com – Baru-baru ini, mantan istri Ustad Abdul Somad (UAS), Mellya Juniarti mengunggah
    Sempat Depresi Hidup Sendiri, Artis Cantik Ini Temukan Kedamaian Setelah Masuk Islam!
    slidegossip.com – Kesuksesan sinetron ‘Tukang Ojek Pengkolan (TOP)’ yg tayangannya selalu ditunggu-tunggu penonton,
    Bongkar Aib Sendiri? Lydia Kandou Ngaku Dulu Hamil Duluan dan Nikah Dgn Suami Orang!
    slidegossip.com – Lydia Kandou dikenal sbg artis yg mampu bertahan menjalani pernikahan beda

    Leave a reply "PTPTN – FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman"