Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim

ProfessorEmeritusTanSriDatukAhmadIbrahim 1 - Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim
Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim

1916 – 1999

Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim adalah tokoh perundangan yg hebat, disegani dan diiktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan diperingkat antarabangsa. sumbangan dan idea-idea yg bernas menjadi asas kepada pemantapan sistem perundangan dan kehakiman negara terutamanya dlm memartabatkan sistem Mahkamah Sya’riah. Beliau dilahirkan pd 12 Mei 1916 di Singapura dan meninggal dunia pd thn 1999 di gombak, ketika masih berkhidmat sbg pakar rujuk undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)

Beliau merupakan lulusan Kolej Raffles, Singapura yg kemudiannya melanjutkan pelajaran ke England di University Cambridge dlm bidang ekonomi dan perundangan. Demi kesungguhannya dlm menimba ilmu pengetahuan, beliau dapat menghabiskan pengajiannya dlm waktu yg dijangka malah dgn kelulusan Ijazah Kelas Pertama dlm bidang ekonomi dan undang-undang.

Kerjayanya di bidang Perundangan dan kehakiman bermula pd thn 1955 dgn memegang jawatan sbg Majistret dan Hakim Daerah. Pd thn 1966, beliau menjadi Peguam Negara Singapura yg pertama setahun selepas memperoh Doktor Perundangan drpada Universiti Singapura. Beliau banyak menulis dan mengkaji mengenai perbandingan undang-undang sivil dan perundangan Islam. Keprihatinan beliau terdapat perundangan Islam terserlah apabila beliau sangat berminat utk menaik taraf sistem perundangan Islam agar setaraf dgn Perundangan Sivil. Beliau juga merupakan individu yg bertanggungjawab dlm meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sistem perundangan Islam dan meningkatkan pengurusan Mahkamah Syariah.

Ketika di Cambridge, beliau pernah memenangi hadiah George Long bagi undang-undang Rom dan mendapat biasiswa McMahon dlm pengajian undang-undang di Kolej St.John. Beliau juga berjaya memperoleh kepujian dlm peperiksaan Akhir Majlis Peguam. Beliau telah dilantik oleh kerajaan Singapura utk merangka sistem pentadbiran perundangan Islam dan meningkatkan peranan Mahkamah Syariah. Mulai thn 1969, Tan Sri Ahmad Ibrahim berhijrah ke Malaysia kerana mendapat tawaran bekerja sbg Profesor kajian undang-undang di Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi Universiti Malaya dan kemudian dilantik sbg dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya(UM). Setelah lama berkhidmat di UM akhirnya beliau dilantik sbg Sheikh dan Dekan Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) pd thn 1983.

Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim lahir dlm keluarga yg berpegang teguh terhadap agama Islam. Ayahnya, Mohamed Ibrahim seorang yg cukup arif dlm gerakan sosial Islam dan khidmat masyarakat di Singapura. Isteri beliau ialah Puan Sri Salmah Mohamed Tahir dan mereka dikurniakan 9 orang anak yg juga menceburi bidang akademik dan perundangan. Tan Sri Datuk Profesor Ahmad Ibrahim meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pd usia 82 thn di rumahnya pd 17 April 1999. Mulai dr tarikh tersebut, negara telah kehilangan seorang wira yg telah banyak memberi sumbangan dlm bidang perundangan.

Semasa hayatnya, beliau telah dikurniakan pingkat Johan Mangku Negara(J.M.N) drpada DYMM Seri Paduka Baginda Yg di-Pertuan Agong pd thn 1974. Pd thn 1979, beliau dikurniakan pula Darjah Yg Mulia Pangkuan Negara(D.M.P.N) oleh TYT Yg Di Pertua Negeri Pulau Pinang yg membawa gelaran Datuk dan pd thn yg sama juga diberi pengiktirafan dr kerajaan Pakistan apabila dianugerahkan pingat Muhammad Iqbal. Beliau mendapat gelaran Tan Sri setelah dianugerahkan pingat P.S.M oleh DYMM Yg di-Pertuan Agong.

Loading...

Tags: #Ahmad #Datuk #Emeritus #Ibrahim #Professor

author
Author: 
    Flek Membatalkan Puasa Tidak
    Flek membatalkan puasa tidak mkn, flek membatalkan puasa sunnah, flek membatalkan email, flek
    Ulasan Filem: The Unicorn Store (2019)
    Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Brie Larson Pelakon | Brie Larson, Samuel
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk
    Puasa Pasaran Jawa
    Puasa pasaran jawa hari, puasa pasaran jawa bln, puasa pasaran jawa online, puasa

    Leave a reply "Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim"