Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Loading...

Tart Nenas Premium Azie Kitchen

Saya telah memperkenalkan beberapa produk keluaran By Azie Kitchen dlm Instgaram saya. Motivasi utama saya mengeluarkan produk mknan berskala kecil ini ialah memperkenalkan jenama Azie Kitchen utk produk mknan yg exclusive dan homemade.  

Produk tersebut adalah bawang goreng premium yg memang dibuat 100% buatan tangan dgn begitu teliti. Setiap bawang diperiksa, kulit nipis dibuang, ubi dibuang, bahagian yg keras dibuang. Bawang selepas dikupas akan hilang dlm 500 gram. Bawang kemudian dihiris dgn pisau, tidak disagat. Jadi harganya agak mahal tetapi berbaloi dgn hasilnya. 

Produk kedua yg saya akan perkenalkan ialah Tart Nenas Premium yg mana tempahan telah dibuka kerana saya akan bercuti hujung minggu hadapan. Jadi saya akan mula menyediakannya selepas saya balik dr bercuti. Ianya juga dibuat dlm kuantiti yg terhad, kiranya first come first serve sahaja. Jadi cepat cepat buat tempahan sekarang. 

Saya juga merancang 2 lagi produk yg akan saya umumkan apabila tiba masa nya kelak. Jika ada sambutan, saya akan teruskan. Hahaha jika tiada sambutan, saya akan mengundurkan diri. Berehat di rumah diam diam sebelum memulakan projek lain.  

Apa apa pun saya dah tak sabar utk bercuti ke UK dan beberapa negara di Eropah bersama anak anak dan suami. Cuma sedih kerana ada anak anak yg tidak dapat ikut serta atas sebab sebab tertentu.
IMG 4814 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Hari ini saya ingin kongsikan antara lauk kegemaran saya iaitu daging salai masak lemak cili api dgn daun asam gelugor. Inilah kali pertama saya menggunakan daun asam gelugor dlm masakan. Itu pun Syanid, yg dah macam adik angkat kami membawanya ke rumah utk saya gunakan dlm masakan. Sedaplah kerana adanya rasa masam masam dlm masakan yg berlemak tersebut. 
IMG 4813 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai


Siapa yg belum pernah rasa, blhlah cuba mencari ketika balik kampung pucuk asam gelugor ni. Daging pula, saya menggunakan daging salai Cik Yah yg sangat beraroma kerana menyalai menggunakan ranting kayu rambutan dsb. Blh lihat di IG mereka utk melihat bagaimana daging salai ini disediakan. 


Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini. Selamat mencuba…

IMG 4812 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Daun Asam Gelugor
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
300 gram daging salai
Daun Asam Gelugor
1 biji kelapa – santan
Garam kasar

Bahan kisar:
2 inci kunyit hidup
20-25 tangkai cili api – ikut suka pedas

Cara cara:
Masukkan daging salai bersama bahan yg telah dikisar lumat ke dlm kuali. Masak dgn sedikit air sehingga daging empuk. 

IMG 4800 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Setelah daging lembut, baru dimasukkan santan. Sentiasa dikacau sehingga ia mendidih.

Masukkan daun asam gelugor yg telah dihiris serta garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih. 
IMG 4798 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

IMG 4803 - Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak naik minyak sehingga mendidih dan tiada lagi kelihatan buih buih kecil. Setelah kuah kelihatan cantik, blhlah ditutup api. 

Terus kacau beberapa minit selepas ditutup api bagi mengelakkan kuah berketul.


Loading...

Tags: #AZIE #Daging #Jenama #KITCHEN #Lemak #Masak #PRODUK #SALAI

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.