PPSMI dasar yg gagal, rugikan anak-anak kita – Khaled Nordin

3ED9B462 731F 4BA3 90D7 2717F20E0752 - PPSMI dasar yg gagal, rugikan anak-anak kita - Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: : Cadangan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris (PPSMI) menunjukkan kegagalan kerajaan utk tampil dgn dasar yg segar dan baharu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bekas Menteri Pengajian Tinggi itu turut menyifatkannya sbg langkah mundur dlm pembangunan negara.

Jelasnya, setelah lebih enam dekad mencapai kemerdekaan, masih ramai pemimpin yg tidak ada keyakinan menjadikan Bahasa Melayu sbg bahasa ilmu.

“Sudahlah mereka tidak mampu bertutur dgn baik dlm Bahasa Melayu. Mereka menganggap pula Bahasa Melayu sbg bahasa mundur dan bukan medium yg sesuai utk menjadi bangsa maju.

“Sebenarnya, hanya bangsa yg lemah akan memandang rendah dan tidak yakin dgn kemampuan bahasa ibundanya.

“Bangsa yg kuat, berani dan patriotik tidak akan sama sekali membelakangkan bahasa asalnya. Sebaliknya akan sentiasa mencari jalan utk melonjakkannya,” katanya dlm satu kenyataan pd Sabtu.

Pada masa sama, beliau berkata usaha memajukan bangsa dlm sains dan teknologi mesti dilakukan dgn tidak mengorbankan identiti dlm berbangsa dan bernegara.

Beliau memberi contoh bagaimana masyarakat Cina di negara ini mempertahankan institusi sekolah vernakular mereka tanpa tolak ansur dan kompromi.

“Mereka memperjuangkannya bermati-matian. Bukan kerana kurikulum sekolah kebangsaan kurang ampuh dan tidak setanding.

“Tetapi kerana di sekolah vernakular, semua itu dilaksanakan dlm Bahasa Mandarin. Bahasa yg memberikan mereka identiti sbg bangsa Cina.

“Bahasa yg menghubungkan mereka dgn sejarah penghijrahan mereka. Bahasa yg mesti mereka pertahankan kerana itulah satu-satunya yg membezakan mereka dgn bangsa lain di dunia.

“Jadi, kalaupun kita tidak menganggapnya sbg lebih baik, setidak-tidaknya mengapa kita tidak mahu memberikan nilai dan maruah yg sama kepada Bahasa Melayu?” tegasnya.

Selain itu, kata Mohamed Khaled, sains dan teknologi hanya akan terbangun melalui budaya penerokaan, komitmen kepada kemajuan ilmu dan pelaburan yg bersungguh-sungguh utk membangunkan masyarakat saintifik.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan apakah ukuran yg cuba dilakukan melalui pengenalan semula PPSMI sama ada melalui kompetensi dan ilmu atau kemampuan berbahasa.

Justeru, katanya, pelaksanaan PPSMI merugikan generasi muda.

“Pelaksanaan PPSMI adalah dasar yg gagal dan akan merugikan anak-anak kita semua. Ingatlah jurang pemisahan antara bandar dan luar bandar adalah sangat nyata di Malaysia ini.

“Begitu juga jurang keberadaan dlm bandar antara yg miskin dan kaya. Anak-anak kita, tidak berada di pdng yg sama rata.

“Kesenjangan di Malaysia adalah nyata dan benar. Melaksanakan PPSMI ini akan hanya melebarkan lagi jurang keberadaan ini,” kata Mohamed Khaled.

Malah, katanya, UMNO akan memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda utk pendidikan kebangsaan tanpa kompromi.

“Kami tidak akan bersetuju dgn dasar yg ternyata telah gagal sebelum ini dan mengulangi kesilapan besar tersebut,” ujarnya.


Loading...

Tags: #ANAKANAK #Dasar #GAGAL #Khaled #Kita #Nordin #PPSMI #rugikan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.