Pow wow

Pow wow,5 / 5 ( 1votes )

Assalamualaikum

Baru2 ni maklang tengok kak liza letak gambar pau kat fb dia. Nampak tersangat sedap.. So maklang pon cuba2lah . Beli tepung pau dan main2 kat dapur. Masa beli tepung terserempak dgn kawan yg beli jugak tepung. Dia kata senang je kak buat nya. Dia pon cakap kat maklang resepi dia. Sebenarnya pernah buat lamaaaa dulu. Maklang guna tepung gandum je masa tu.. Jadinya pun kerepot sikit sebab maklang tak tutup dgn tuala penutup kukusan itu..
So, resepinya macam ni:
1/2 kg tepong pau Blue Key
1 pkt mauripan
sdb gula pasir
1 cawan sederhana air suam
1sdt garam
4 sdb minyak masak
1-2 sdt baking powder

Caranya:

1. Campurkan 4sdb air suam dgn gula dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga mauripan macam berbuih sedikit( menunjukkan ada tindakbalas yis)

2. Campurkan dgn tepung pau, baking powder dan garam dan
lebihan air.

3. Uli sehingga sebati. Sekiranya tepung masih berderai tambahkan sedikit air lagi. Sikit2 sangat sebab kalau terlebih nnt tepung jadi lembik sangat. Uli sampai tepung tak lekat pd tepi belas yg digunakan.

4. Kemudian masukkan 4sdb minyak masak dan uli lagi sampai sebati.

5. Biarkan doh tadi rehat selama 1 jam ( tutupkan bekas dgn tuala yg dibasahkan dgn air suam dan diperah kering supaya air tak menitik pd doh)
sehingga menjadi 2 kali ganda. Kemudian tumbukkan doh dah biarkan rehat selama 1/2 j. Kemudian dibahagikan kepada bahagian2 kecil. 

6. Blh letakkan inti kati, sardin, kacang, kelapa ataupun kaya. Bila dah siap. Rehatkan lagi 20-30 mins sebelum dikukus. Pastikan air betul2 menggelegak semasa pau dikukus. Kukus selama 15 mins..

Jgn lupa balutkan penutup kukusan dgn tuala ye .. Utk mengelakkan wap air dr jatuh atas pau yg akan menyebabkan pau menggerutu dan tak cantek

Selamat mencuba
blogger image 777452132 1 - Pow wow


Loading...
author
Author: 
    Resep dan Cara Memasak Ceker Mercon Mudah, Enak dan Lezat ala Zasanah
    Ceker adalah salah satu bagian ayam yang banyak disukai oleh orang. Ceker bias
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable

    Leave a reply "Pow wow"