Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

Untitled design 4 3 1 - Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yg cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yg cukup popular adalah popia sira.

Ni min kongsikan resipi popia yg dikongsikan dr resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali

1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU

Untitled design 2 4 - Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 1 labu bawang holand | dipotong cincang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu mkn lada hitam | ditumbuk halus
  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu

Bahan B :

  • 50 keping @1 bungkus kulit popia
  • 300 gm bungkus ayam cincang
  • 1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
  • 1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
  • 6 keping keju cedar
  • 1 tin cendawan | dipotong racik
  • 1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
  • 1 bj telor atau 1 cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
  • 1 kiub ayam dan garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

Cara Membuat:
1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali.
2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah blh tutup api, masukkan dlm bekas bila dah sejuk.
Cara Membungkus Popia:
1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang.
2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dgn telur atau bancuhan tepung gandum.
3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, blhlah angkat dan toskan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Radia Tussoleha dr FB Group MAHN

2. POPIA INTI AYAM BERKEJU

Untitled design 1 6 - Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

 BAHAN-BAHAN :

  • Kulit popia
  • Jejari ketam (crab stick)
  • Keju cedar
  • Daun Bawang
  • Tepung Gandum (ejen pelekat)

BAHAN SOS :

  • 5 biji cili masak
  • 4 biji cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 5 sudu mkn cuka
  • 6 sudu mkn gula
  • 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dgn sedikit air
  • Biji bijan secukupnya | disangai

Cara Membuat:
1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu.
2. Kemudian masukkan bahan yg diblend tadi ke dlm mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang.
3. Tepung gandum dibancuh dgn sedikit air (agak-agak) utk dijadikan gam pelekat kulit popia.
4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia utk menggoreng.
5. Utk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan.
6. Masak sehingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer.
7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah blh tabur biji bijan ke dlm sos supaya nampak lebih menyelerakan.

Kredit foto dan reipi : resipibonda.my

3. POPIA SIRA KARI

Untitled design 3 5 1 - Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket kulit popia
    *Gulung dan gunting ikut saiz yg disukai, goreng sehingga kekuningan. Sejukkan.

Bahan Sira :

  • 3 labu bawang putih* |kisar
  • 6 tangkai daun kari atau lebih
  • 6sudu mkn cili boh
  • 8 sudu mkn gula pasir
  • 3sudu mkn bijan

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis sehingga bawang putih masak.
2. Masukkan cili boh, tumis sehingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau utk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting utk elakkan gula hangus).
4. Kacau sehingga gula larut, masukkan popia yg dah siap digoreng. Gaul sebati bg meresap semua bahan tumis.
5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Blh tutup. Pindahkan dlm bekas besar, sejukkan dan terus masuk dlm bekas kedap udara.

Resepi Oleh: CiksuAdah Razali


Loading...

Tags: #Digoreng #Disira #LAGI #Popia #rasanya #Sedap #Terangkat

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Comments are closed.