‘Plot Twist’, Video Viral Rupanya Pondan Lempang Pondan – Dgn Dr. MAZA Sekali Terkena..

Loading...

Awal pagi tadi tersebarnya satu rakaman video yg menunjukkan seorang maknyah telah melempang seorang individu berbaju biru yg dipercayai pekerja Guardians.

“Aku anjing kan? Aku anjing kan? Tengok muka aku sekarang. Aku perempuan tau. Yg kau kata anjing kenapa? Aku cakap elok-elok kau kata aku anjing,” marah maknyah itu selepas melempang individu berbaju biru itu. 

Kejadian itu berlaku di KLCC dan laporan polis mengenainya juga telah tersebar di laman sosial. Laporan itu menyebut, mangsa mendakwa telah dilempang dan diserang beberapa kali oleh maknyah dan rakan-rakannya bahkan juga diugut akan diserang lagi.

Selain cedera di beberapa bahagian muka dan badan, individu itu juga mendakwa telah kehilangan telefon pintarnya berjenama Iphone 7 plus warna rose dlm pergaduhan itu.

Pada awalnya, rata-rata netizens beranggapan individu berbaju biru itu adalah seorang wanita dan hal itu membuatkan ramai pihak bersimpati dgnnya.

Mufti Perlis, Dr. Maza turut tidak ketinggalan memberikan ulasan mengenai hal itu.

“Jika ada ‘maknyah’ memukul wanita, kita hendaklah menganggap lelaki memukul wanita. Hanya dua jantina yg diiktiraf. Tiada yg ketiga. Agama mengharamkan jantina bid’ah yg dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’ atau apa sahaja namanya.

Jika dibenarkan golongan ini wujud berleluasa, nanti atas nama jantina palsu tersebut, maka ramai lelaki blh mengambil kesempatan menzalimi wanita. Masyarakat pula tidak akan sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita seperti sensitifnya mereka apabila mereka melihat lelaki memukul wanita. Masyarakat hanya akan kata ‘maknyah’ pukul perempuan. Pdhal hakikatnya lelaki memukul perempuan. Memperagakan pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak mengubah hakikat mereka itu lelaki!! 

Jika kita tidak menangani kelompok songsang ini, byk hak wanita bahkan hak lelaki yg akan dicerobohi.

Maka, jika melihat maknyah memukul perempuan bertindaklah seperti mana kita melihat lelaki memukul perempuan. Jangan dikelirukan oleh penampilan yg palsu,” kata Mufti Perlis itu dlm satu kenyataan hari ini.

Maknyah yg melempang individu berbaju biru itu dikenalpasti bernama Syeryna Mazlan dan merupakan pembantu peribadi kepada Muhammad Sajjad Bin Kamaruzaman atau lebih dikenali sbg Nur Sajat. Nur Sajat juga adalah seorang pondan.

Sajat1 1 - 'Plot Twist', Video Viral Rupanya Pondan Lempang Pondan - Dgn Dr. MAZA Sekali Terkena..


Bagaimanapun plot cerita itu berubah 360 darjah apabila laporan polis mengenai insiden itu diteliti oleh team ‘bawangers Malaysian’.

Polis2 - 'Plot Twist', Video Viral Rupanya Pondan Lempang Pondan - Dgn Dr. MAZA Sekali Terkena..


Ruangan nama, kad pengenalan dan jantina mangsa telah ditutup sepenuhnya ketika menyebarkan laporan polis itu.

Agak logik menutup kad pengenalan bg melindungi maklumat peribadi, namun angka terakhir kad pengenalan Malaysia juga membayangkan jantina seseorang dimana angka genap dirujuk sbg wanita dan angka ganjil merujuk sbg lelaki.

Bagaimana pula dgn nama?

Jika nama juga adalah rahsia, ia difahami mungkin kerana perasaan malu. Nanti ramai pula yg tahu dirinya telah dilempang sebanyak empat kali oleh pondan. Tetapi bagaimana pula dgn jantina? Adakah seorang wanita akan malu dgn jantina wanitanya?

Hanya mangsa blh menjawab persoalan tersebut.

Apapun plot twist, drpada perasaan simpati, kini kedua-dua pondan yg terlibat dlm pergaduhan tersebut dikecam kerana memalukan kaum lelaki. – 29 Januari 2019. 
 

Loading...

Tags: #'Plot #Lempang #MAZA #Pondan #rupanya #sekali #Terkena #Twist' #video... #VIRAL

author
Author: 
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya

    Leave a reply "‘Plot Twist’, Video Viral Rupanya Pondan Lempang Pondan – Dgn Dr. MAZA Sekali Terkena.."