PKP: Rumusan hala tuju normal baharu pendidikan – Dr Radzi Jidin

HALABTUJU - PKP: Rumusan hala tuju normal baharu pendidikan - Dr Radzi Jidin

Saya kongsikan catatan wawancara Slot Agenda Awani bersama YB Menteri Kanan Pendidikan pd Isnin, 20 April 2020 jam 9:00 Malam.
Tajuk: Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan
Pendahuluan
Antara bidang yg terkesan akibat pandemik Covid-19 adalah pendidikan.
Pusingan 1
Soalan 1
KPM mengambil sedikit masa sebelum mengumumkan langkah yg diambil. Apa yg dibuat oleh KPM sehingga sidang media diumumkan?

Jawapan
Ya, betul. Bidang pendidikan menyentuh keseluruhan rakyat dlm pelbagai peringkat. Ia melibatkan 5.5 juta orang murid, 450 ribu orang guru serta keluarga yg terlibat.

Persediaan. Kita amat teliti. Sebelum KPM buat pengumuman, kita dah bincang dgn pelbagai pihak. Segenap lapisan kerana kita tahu sebarang keputusan akan memberi kesan kepada semua pihak.

Dalam keadaan krisis kena ada pendekatan yg cukup kemas. Kita tidak mahu keputusan yg dibuat memberikan kesan sebaliknya. Terima kasih kepada ibu bapa dan pelbagai pihak yg telah memberikan input kepada KPM supaya kami dpt buat keputusan yg terbaik setakat ini.

Soalan 2
Bilakah sekolah nak dibuka? Apakah langkah pendek, sederhana dan panjang? Apa strategi utk meredakan kebimbangan ibu bapa?

Jawapan
Apabila perbincangan dibuat dgn pelbagai pihak, hampir semua pihak menyatakan bahawa keselamatan adalah paling utama. Itu asas. Berdasarkan asas itu, kita lihat faktor dan cabaran.

Kita menilai isu ini dr hari ke hari. Memantau dan berbincang rapat dgn KKM can MKN utk melihat bila paling sesuai utk dibuka sehingga keadaan reda. Betul, ibu bapa perlu pedoman bila akan buka, kita akan umum dua minggu sebelum.

Kalau sekolah buka, pelajar peperiksaan sahaja terlibat, yg akan ke sekolah. Tak akan ada peperiksaan diadakan dlm masa terdekat. Kita bincang bila/tempoh yg paling sesuai dgn mengambil kira keadaan semasa.

Kita batalkan PT3 dan UPSR. Itu pengumuman utama utk memberi gambaran yg jelas. Saya amat berharap ibu bapa dan guru berada sedikit keterangan, sekurang-kurangnya kepada anak-anak. Mereka dpt gambaran yg jelas.

Soalan 3
Bagaimana KPM mengambil keputusan ini kerana sistem pendidikan kita sudah lama berorientasikan peperiksaan?

Jawapan

Itu yg kita hadapi. Sangat besar kesannya kerana ia melibatkan bilangan murid yg begitu ramai. Jika kita lihat satu sekolah mungkin 100 orang, bila kita buat peperiksaan akan jadi satu juta. Ia akan memberikan kesan yg besar.

Kita utamakan keselamatan anak-anak terutama yg darjah enam kerana mereka mempunyai ruang yg lebih besar lagi selepas ini.

Apa ganti peperiksaan? Perlu lihat dua konteks:
Pertama, Kesemua pelajar tingkatan tiga dan darjah enam tiada peperiksaan. Kerana penilaian blh dibuat melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru dah ada maklumat dan blh diteruskan.

Kedua, ibu bapa yg nak menghantar anak mereka ke sekolah khusus, satu pentaksiran khas akan dilakukan utk anak-anak yg berhasrat ke sekolah ini. Penilaian ini dibuat bukan semasa-mata bergantung kepada akademik. Perlu dilihat drpada pelbagai aspek yg menyeluruh.

Pusingan 2
Soalan 4
Bagaimana KPM mahu melandaikan kurang perbezaan akses dlm kalangan murid?

Jawapan

Apabila berlaku PKP1, pelajar sedang bercuti. Kita mempunyai masa utk menilai pd waktu itu Apakah yg terbaik. Jadi apabila PKP1 tamat, kita keluarkan satu garis panduan PdP di rumah. Namun begitu, kita dpt ada perbezaan dr segi accessibility dan pemilikan peranti.

Sistem online selama ini digunakan dlm konteks sekolah. Internet ada, hardware ada. Tetapi bila berlaku PKP, kita lihat dgn saiz telefon pintar yg kecil, PdP tidak dpt dioptimumkan.

Dalam satu keluarga ada lima orang anak. Laptop satu kongsi lima. Ini merupakan satu tekanan kepada ibu bapa. Begitu juga guru. Di sesetengah kawasan ada masalah line internet. Dlm garis panduan, kita serahkan kepada guru apa yg mereka rasakan yg terbaik utk mereka dgn mengambil kira kekangan murid dan guru.

Isunya adalah infrastruktur. Bagaimana nak cari maklumat jika tiada peranti. Ini cabaran besar dlm konteks PdP di rumah.

Sekiranya guru dpti ada pelajar mempunyai masalah utk akses PdP melalui online, guru blh cari apa sahaja kaedah yg dirasakan terbaik kerana kita tak mahu ketinggalan dlm PKP ini.

Soalan 5
Apa inisiatif lain KPM selain PdP online?

Jawapan

Kita sedar isu ini dan kita sedar murid tiada akses. Kita cari apa kaedah yg terbaik. Terima kasih kepada KKMM yg bekerjasama dgn kita. Kita hidupkan balik TV Pendidikan di Okey Channel setiap hari dua jam kerana kita nak pastikan pelajar mendapat akses yg berterusan.

Dengan dua jam tidak mencukupi. Sebab kita ambil kira semua pelajar. Darjah satu sehingga enam, tingkatan satu sehingga enam. Kita sedang cari kaedah yg terbaik.

Soalan 6
Bagaimana persediaan dan strategi KPM apabila sekolah dibuka nanti?

Jawapan

Apabila.buka sekolah nanti, akan ada normal baharu. Jika dulu satu kelas, 35 atau 40 orang murid. Duduk berdekatan sebelah-sebelah. Selepas ini mereka kena dijarakkan. Isu adalah infrastruktur.

Yang akan ke sekolah adalah pelajar peperiksaan sahaja kerana jumlahnya lebih kecil dan mudah dikawal. Mereka lebih dewasa. Kita akan lihat bagaimana sistem yg hendak dijalankan.

Sekarang kita di peringkat akhir menyediakan garis panduan pengoperasian sekolah pasca Covid ini. Kita bincang bagaimana masuk sekolah, ambil suhu. Bila masuk kelas, mungkin kena cari kelas yg lebih besar. Kena pecah dua kelas. Bagaimana dgn cikgu, siapa nak ajar kelas ini dan kelas satu lagi.

Soalan 7
Bagaimana aspek urus tadbir sekolah pd waktu ini?

Jawapan

Peperiksaan ditunda utk memberi ruang kepada pelajar thn ini membuat persediaan. Kita kaji dr semasa ke semasa. Sekiranya PKP tamat, keadaan kembali normal lebih awal, pelajar akan menamatkan kurikulum lebih awal, cuma menunggu masa peperiksaan maka ruang blh digunakan utk ulangkaji di rumah dan sekolah.

Saya bg Jaminan keputusan kita menunda ini tidak akan memberi kesan kepada murid pd thn hadapan.

Pusingan 3
Soalan 8
Pandemik memberi ruang utk mengetuai perubahan dlm pendidikan. Bagaimana ini hendak dipolakan?

Jawapan

Kita bercakap mengenai negara lain. Mengapa kesan tidak mengakar? Ilmu Ini datangnya secara lebih (orang kata) lebih ikhlas kerana ingin mengetahui dan akan kekal lama.

Kita tanamkan dlm diri anak-anak mereka belajar kerana ilmu, menuntut kerana ilmu. Konsepnya mudah, ilmu utk ditimba utk mengetahui akan kekal lebih lama. Inilah ruang utk kita lihat potensi anak-anak.

Saya cukup terasa bila balik ke tanah air, lihat anak-anak darjah enam pergi pusat tuisyen. Saya rasa sampai darjah enam, biarkan anak-anak explore dan biarkan lebih semulajadi. Kita perlu lihat konteks dgn lebih luas. Anak-anak menerokai ilmu.

Soalan 9
Bagaimana nak. Implimentasikan hasrat Dr.?

Jawapan

Sistem yg kita ada dah baik. Ada kerangka dan asas yg lengkap. Cuma. Kita kena cari ruang yg perlu ditambah baik. Sudah ada peralihan, dah ada usaha ke arah itu. Kita terus menambah baik.

Kita bergerak dgn asas yg ada.

Soalan 10
Bagaimana nak buat keputusan berdasarkan data?

Jawapan

Bila nak buat keputusan, kita dptkan maklumat melalui soal selidik. Kita kaji, kita dengar pandangan. Bincang dgn pelbagai pihak. Tetapi akhirnya kami di KPM perlu buat keputusan yg terbaik berdasarkan data yg kami ada. Berilah peluang kepada kami utk lakukan yg terbaik.

Kita lihat TVET. Kursus hampir sama, pelajar kurang. Inilah data yg perlu diperhalusi. Kita bergerak sbg sebuah kerajaan dlm mengoptimumkan manfaat drpada sumber yg ada.

Soalan 11
Apakah jaminan Dr., guru juga perlu ruang dan peluang

Jawapan

Guru diberi fleksibiliti utk memilih kaedah yg dirasakan terbaik berdasarkan kekangan yg ada. Kita sedar akan kekangan home based learning ini. Guru blh diberi bimbingan. Guru perlu diberi ruang.

Penafian:
Ini adalah catatan peribadi. Jika ada percanggahan fakta atau konteks, maka salinan rasmi drpada Pejabat YB Menteri hendaklah dirujuk.

Wan Ahmad Faiz Marzuki
#padi
#StayAtHome

RUMUSAN

*HALA TUJU NORMAL BAHARU PENDIDIKAN*
Menteri Pendidikan Malaysia

1. Asas mula persekolahan – keutamaan keselamatan anak-anak pelajar.

2. Kelas peperiksaan diberi keutamaan mula sesi persekolahan selepas tamat PKP.

3. Tiada gantian peperiksaan dr pembatalan UPSR dan PT3. Satu Pentaksiran Khas akan dibuat bg pelajar-pelajar yg bercadang ke Sekolah-sekolah Khas dgn mengambilkira semua kriteria – bukan akademik semata-mata.

4. Guru diberi kebebasan menentukan bentuk PDPC secara online yg sesuai sepanjang PKP dgn mengambilkira kekangan guru dan kekangan murid. (Peranti dan akses internet) dlm masa yg sama KPM akan memikir dan mengambilkira kaedah yg sesuai utk mgatasi dan meminimakan kekangan yg ada.

5. Sistem persekolahan berdasarkan SOP selepas PKP dgn kaedah pengasingan pelajar bg jaminan keselamatan sepanjang di sekolah.

6. Perincian kepada pelajar-pelajar yg akan menduduki peperiksaan suku pertama 2021 akan dibuat dr masa ke semasa.

7. Pemahaman bermula dr akar umbi bahawa BELAJAR UNTUK ILMU ke arah realisasikan perubahan dlm pendidikan. IKHLAS BELAJAR UNTUK MENGETAHUI bukan belajar penekanan pd peperiksaan. Penambahan baikan dr sistem pendidikan sedia ada.

Sekian.


Loading...

Tags: #Baharu #HALA #Jidin #normal #Pendidikan #Radzi #Rumusan #TUJU

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.