PKP: Beri kuota internet utk guru, murid percuma – NUTP

02CC00D7 06FD 4047 AD98 C36DCB4CDD84 - PKP: Beri kuota internet utk guru, murid percuma - NUTP

KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal internet seharusnya lebih prihatin dgn memberikan lebih capaian secara percuma kepada guru dan murid supaya pembelajaran dlm talian berupaya dilaksanakan secara berkesan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata Kementerian Pendidikan menyediakan garis panduan utk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan murid menjalankan pembelajaran dlm talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Katanya, langkah itu seiring matlamat kerajaan utk memastikan aspek pembelajaran dlm kalangan murid tidak terhenti, susulan pelaksanaan PKP di negara ini bg memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Bagaimanapun, hakikatnya, bukan semua murid dpt mengikuti pengajaran dan pembelajaran dr rumah kerana ada yg tidak mampu utk mendapatkan data kerana kekangan kewangan, khususnya keluarga berpendapatan rendah serta miskin.

“Ramai ibu bapa tidak akan mengutamakan bayaran utk capaian internet kerana perlu memikirkan peruntukan perbelanjaan mknan, pembiayaan sewa rumah dan kenderaan.

“Terima kasih dan syabas kepada syarikat telekomunikasi tempatan yg membantu rakyat sepanjang PKP dgn menawarkan data percuma sebanyak satu gigabait (GB) setiap hari serta pelbagai kemudahan lain.

“Bagaimanapun, kemudahan ini hanya blh digunakan antara jam 8 pagi sehingga jam 6 petang mulai 1 April sepanjang tempoh PKP,” katanya dlm kenyataan, hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pd 27 Mac lalu dilaporkan berkata pemberian kuota secara percuma dgn kuota satu GB antara jam 8 pagi sehingga jam 6 petang diberikan utk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile.

Pemberian kuota internet berkelajuan tinggi secara percuma kepada pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara itu mula diperuntukkan sejak 1 April lalu sehingga PKP berakhir.

Sumber: Berita Harian


Loading...

Tags: #Beri #Guru #INTERNET #kuota #Murid #NUTP #PERCUMA

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.