PK HEM, bekas pengetua kena bayar tuntutan kepada mangsa buli

1A2CA599 D2F5 4B67 922C 51A130C30B98 - PK HEM, bekas pengetua kena bayar tuntutan kepada mangsa buli

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengarahkan sembilan pihak termasuk lima pembuli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) membayar tuntutan sebanyak RM616,634.20 kepada seorang pelajar.

Kesemua mereka didapati bersalah mengakibatkan pelajar tingkatan dua terbabit cedera, mengalami tekanan perasaan secara berterusan dan juga pembelajaran terjejas akibat kejadian buli, empat thn lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan yg difailkan plantif menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, terhadap sembilan pihak termasuk lima pembuli yg juga bekas pelajar seniornya (defendan pertama sehingga lima) melalui peguamcara Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.

Mahkamah turut membenarkan tuntutan itu terhadap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh); Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan).

Zainal Azman dlm penghakimannya berkata, kejadian yg berlaku di bilik asrama ketua pengawas pd 26 April 2015 itu seolah-olah sudah dirancang.

“Pihak sekolah pula dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian itu di bilik asrama ketua pengawas bukannya di tepi longkang atau di kaki lima.

“Saya lihat jadual warden bertugas sudah disusun begitu cantik tetapi tidak berguna kalau tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.

“Bagi defendan enam dan tujuh pula, saya lihat mereka cuai menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan sekolah dijaga terutama keselamatan pelajarnya,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yg ketika itu berusia 14 thn dibuli dan dipukul selama lebih tiga jam oleh lima pelajar seniornya di dlm bilik asrama ketua pengawas sekolah.

Akibat tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan koyak di selaput telinga kanan, kehilangan pendengaran (jenis konduktif), trauma, tekanan perasaan dan beberapa lagi kecederaan lain.

Kejadian buli itu juga menyebabkan plaintif mengalami tekanan perasaan secara berterusan dan juga pembelajaran terjejas sehingga terpaksa berpindah ke sekolah baharu sejak Julai 2015.


Loading...

Tags: #Bayar #Bekas #Buli #Kena #Kepada #mangsa #Pengetua #tuntutan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.