Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Loading...

Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Kebelakangan ini, saya sangat mudah terasa hati, berkecil hati dan berjauh hati. Saya tak pasti jika ianya ada kaitan dgn kesihatan saya atau faktor umur dsb. Bila rasa berjauh hati, saya akan menjadi sedih dan pilu. Saya tahu penawarnya dan Insya Allah saya akan berusaha mendapatkannya. Semoga dipermudahkan.   

Pisang goreng adalah mknan yg mungkin dikira sbg mknan harian rakyat Malaysia. Kalau keluarga saya, setiap hari, mesti cari pisang goreng. Kebetulan ada satu gerai yg menjual pisang goreng yg sangat sedap di tempat saya. 

Tapi siapa yg pernah mkn Pisang Penyet Goreng Rangup yg krup krap krup krap bila dikunyah? Sebenarnya saya juga baru pertama kali mkn pisang yg dilenyek terlebih dahulu sebelum digoreng. Memang sedap dan mengasyikkan. Bila petang petang, hari hujan. Jadi bila dapat mkn pisang goreng memang sangat menyelerakan. 

Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Aduhaai sangat sedap pisang penyet goreng ini, bayangkan setiap hari menyediakannya. Maklumlah bila pisang setandan masak, setiap hari. Kenalah mencari masakan utk memasak dan menghabiskannya. Jadi yg paling mudah dan paling sedap, ialah pisang goreng.

Bila mengunyah, bunyi krup krap krup krap, itu yg lagi menambahkan kesedapannya. Ralit mengunyah kerangupan tepung yg dimasak garing. Selain dilenyek, pisang juga blh diketuk supaya panjang dan nipis. 

Caranya masukkan ke dlm plastik dan ketuk ketuk dgn kayu pencanai supaya lenyek dan nipis memanjang. Letak dlm botol mineral yg dibelah dua, dan tuang tepung sebelum dituang ke dlm minyak panas. Sebab bila dah nipis, mudah putus. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa utk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Hanya dgn melihat video memudahkan utk anda memahami cara penyediaannya… 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Pisang Penyet Goreng Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Pisang kebatu – belah 2

Plastik atau bahan alas
2 keping papan – utk melenyek

Bahan adunan:
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Bahagikan adunan tepung kepada 2 bahagian. Satu bahagian utk celup pisang dan satu bahagian utk dijadikan adunan tepung cair.

Kupas pisang dan belah dua. Letak pisang atas papan yg dilapik plastik. Tutup pisang dgn plastik dan tindihkan pisang tersebut dgn satu papan lain sehingga menjadi penyet dan nipis. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Celup pisang yg telah dipenyet nipis dlm satu bahagian adunan tepung dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Kemudian masukkan air ke dlm satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yg lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yg sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas panas. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Jika suka, taburkan cheedar cheese yg diparut dan tuang susu pekat manis. 
Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap

Loading...

Tags: #GORENG #PENYET #Pisang #RANGUP #sangat #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Pisang Penyet Goreng Rangup Yg Sangat Sedap"