Pisang Kebatu Goreng Garing

Loading...

Pisang Kebatu Goreng Garing

Saya belajar cara cara menyediakan Pisang Goreng Rangup dr youtube Kak Ida Style. Tertarik dgn cara beliau, menyebabkan saya dan Pengasuh Ammar ingin mencuba menggoreng pisang kebatu yg kebetulan baru masak. 

Sebetulnya agak lama saya menunggu pisang ini masak kerana saya tidak sabar utk mengetahui apa baka pokok pisang ini. Sebelum ini saya ada menanam banyak baka pokok pisang di tanah berhadapan rumah saya. Antaranya pisang raja, pisang emas, pisang nipah dan pisang nangka. Tetapi bila pihak majlis membersihkan kawasan tersebut utk projek landskap di tasik, habis semua pokok pisang telah dibuang. 

Tapi bila masih ada rezeki, pasti tidak ke mana. Setelah lama peristiwa berlalu, satu hari saya terpandang ada satu anak pokok pisang tumbuh. Jadi saya tidak dapat memastikan pisang yg mana satu. 

Saya memang mengharapkan pokok pisang kebatu kerana benihnya dibawa dr Kelantan. Selain digoreng, ianya pisang kegemaran saya yg sedap dimasak pengat, dibuat sira pisang dan juga direbus. 
Pisang Kebatu Goreng Garing

Kalau di Kelantan, saya panggil pisang kebatu tapi rasanya di sini dikenali sbg pisang Abu. Bezanya pisang kebatu Kelantan ialah isinya berwarna kuning dan isinya juga lebih bulat montel. Kalau pisang Abu di sini, isinya berwarna putih dan isinya kadang kadang seperti agak leper.

Tetapi ingin saya tuliskan di sini bahawa saya tidak menggunakan resepi yg dikongsikan oleh Kak Ida. Saya hanya menggunakan tepung beras, garam dan air kapur sahaja. Pewarna pun tak letak. Tapi jika anda ingin mencuba resepi beliau, saya sertakan di bawah ini. 

Seronok pula melihat kepingan kepingan serdak tepung adunan pisang goreng yg melekat lekat di pisang yg telah digoreng separuh masak. Kalau mahu banyak lekatnya, kena tuang lebihlah sedikit. Kami hanya tuang sedikit sahaja. 

Tapi sayang kerana gambar agak tidak menarik kerana saya tidak berapa sihat. Sebetulnya, saya tidak bercadang utk masuk ke dapur pun hari ini kerana saya ingin berehat setelah melihat setiap kali saya bergerak, kaki saya akan menjadi bengkak. 

Tapi sebaik masuk ke dapur, terlihat pisang kebatu yg baru ditebang petang sehari sebelumnya. Terdapat beberapa biji pisang yg telah kekuningan dan lembik. Jadi saya terus mencadangkan utk menyediakan pisang goreng rangup. Saya mkn pisang goreng sahaja sbg sarapan.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya yg saya sediakan di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
Pisang Kebatu Goreng Garing

Pisang Kebatu Goreng Garing  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 tepung beras
5 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
Sedikit pewarna kuning
1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur 
Garam
Pisang – potong nipis 4-5

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 
Pisang Kebatu Goreng Garing

Bahagikan kepada 2 bahagian. Celup pisang yg telah dipotong nipis dlm satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Pisang Kebatu Goreng Garing

Kemudian masukkan sedikit air ke dlm satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yg lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yg sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 
Pisang Kebatu Goreng Garing
Pisang Kebatu Goreng Garing

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 
Pisang Kebatu Goreng Garing
Bolehlah angkat dan tos. Sedia utk dihidangkan ketika panas panas.


Loading...

Tags: #Garing #GORENG #Kebatu #Pisang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Pisang Kebatu Goreng Garing"