Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

IMG 5524 1 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Saya mengambil kesempatan menulis di sini kerana ada seseorang yg bertanya kenapa saya memasak ketika bercuti sakit. Kalau saya blh memasak, kenapa saya tidak blh pergi ke pejabat. Atau membawa balik kerja dan membuat kerja dr rumah. 


Jawapan saya, saya diberi cuti sakit oleh doktor kerana saya tidak fit utk bekerja. Semua orang yg ada ilmu berkenaan pembedahan kaki atau yg pernah mengalami kemalangan seperti saya yg telah menjalani pembedahan kaki tidak akan sekali sekali menanyakan soalan yg tidak ‘caring’ seperti itu. 
IMG 5527 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Bak kata doktor pakar yg merawat saya, bila kepala sakit, kita akan merasa seluruh badan sakit. Tapi sebab kaki sahaja yg sakit, kita merasa seolah orang yg sihat dan blh pergi kerja. Hakikatnya kaki adalah anggota badan paling bawah yg paling lambat penyembuhannya kerana banyak digunakan dan perlu menampung berat badan. Kena jaga bagi pastikan ianya betul betul pulih supaya blh berjalan seperti biasa. 

Sebetulnya saya hanya tolong mengacau ngacau di kuali sahaja. Semua bahan dan persediaan disediakan oleh pengasuh Ammar. Saya hanya duduk di bangku tinggi kerana saya tidak blh berdiri lama atau banyak bergerak. Kalau berjalan, saya masih menggunakan tongkat. 

Tapi apakah andai kata saya tiada pembantu, maka saya tidak harus ke dapur. Tak perlu mkn atau macam mana? Setahu saya, sbg seorang ibu walau bagaimana sakit sekali pun, perlu memasak.  

Kaki saya perlu diangkat atau dilapik dgn bantal utk mengurangkan bengkak. Ketika mkn di dapur juga, saya perlu mengangkat kaki dan meletak di atas bangku lain. Tidur juga masih berlapikkan bantal yg sebenarnya amat tidak selesa. Jika tidak, kaki saya akan menjadi bengkak dan berdenyut. 

Saya masih solat dgn duduk di atas kerusi. Apa yg saya tulis, jika tidak betul, juga akan ada pertanggungjawapan. Sebetulnya orang yg bertanya akan faham selepas dia sendiri mengalami kemalangan seperti yg saya alami dan perlu menjalani pembedahan kaki. 

Cara supaya mengelakkan dr fitnah ialah selalu bersangka baik dgn orang lain. Bersangka baik yg saya juga stress jika hanya terbaring di bilik. Stress hanya mengadap lap top. Saya tidak blh ke laman rumah, tidak blh naik ke tingkat atas, tidak blh ke shopping mall dsb. Jadi saya ke dapur utk mkn dan minum. Lagi pulak, saya dinasihatkan supaya bergerak sikit sikit bagi menggerakkan otot supaya perjalanan darah akan menjadi lancar.

Bergerak di rumah tidak sama dgn bergerak di pejabat. Tidak ada pari pari yg blh mengambil air minuman saya di pejabat. Atau mengambil air utk basuhan tangan selepas mkn. Atau tandas di pejabat bukan terletak 4 langkah dr katil saya. Sehingga sekarang hampir dua bulan saya tidak naik ke bilik tidur saya di tingkat atas. Saya hanya tidur di bilik kecil di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan.  

Apa apa pun, dosa saya hanya saya yg perlu tanggung jika saya berhutang dgn pejabat atau dikatakan seolah mkn gaji buta. Doktor yg memberi cuti sakit juga adalah doktor Islam yg juga menjalankan tugas berlandaskan professional, amanah dan tanggungjawab. Memang aturannya sebegitu, bila kita sakit, pasti ada orang lain yg akan cover kerja kita. 

OK cukuplah dahulu penjelasan saya dan semoga siapa yg membacanya tidak lagi terlibat dgn fitnah dgn anggapan yg bukan bukan terhadap saya. Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan. 

Hari ini saya mencuba pisang goreng rangup dgn menggunakan adunan mengikut yg dikongsi dlm youtube Kak Ida’s Kitchen. Memang sangat rangup dan sedap. Bila dimakan, ianya akan berbunyi krup krap krup krap. 

Saya syorkan anda mencubanya. Kalau dlm entri sebelum ini di SINI, saya menyediakan adunan tepung ikut cara sendiri tapi kali ini memang ikut resepi dr Kak Ida’s Kitchen. 

Haa sebelum membawang pasal saya, nak saya beritahu yg menggoreng pisang hari ini adalah pengasuh Ammar. Saya hanya bagi arahan, masuk bahan apa, berapa sukatan dsb. Beliau yg membancuh, beliau yg memasuk ke dlm kuali dan membalik balik dsb. 

Saya hanya duduk sambil memegang kamera dan handphone sahaja. Melihat dan mengajar apa patut. Itu sahaja. Jadi tak perlu nak dapat dosa kering dgn beranggapan yg bukan bukan.

Jom kita layan resepi dr melayan mak cik Bawang. Blh tengok video di Azie Kitchen youtube channel di SINI utk melihat sendiri bagaimana ianya disediakan. Selamat mencuba…

IMG 5526 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Pisang Goreng Rangup 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Pisang – hiris nipis 4-5
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya. 

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 
IMG 5472 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Bahagikan adunan tepung kepada 2 bahagian. Satu bahagian utk celup pisang dan satu bahagian utk dijadikan adunan tepung cair. 

Celup pisang yg telah dihiris nipis dlm satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.
IMG 5477 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

IMG 5509 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Kemudian masukkan sedikit air ke dlm satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yg lebih cair. 

Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yg sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 
IMG 5502 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 
IMG 5479 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

IMG 5480 - Pisang Goreng Rangup Yg Sedap

Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas panas. 



Loading...

Tags: #GORENG #Pisang #RANGUP #Sedap

author
Author: 
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa

    Leave a reply "Pisang Goreng Rangup Yg Sedap"