Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

kepah 1 - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

Nak pikat suami dgn masakan? Tak perlu korang nak bersensing lengan baju memasak yg susah-susah. Apa kata sediakan je masakan yg ringkas dan mudah tapi hasilnya sedap sehingga menjilat jari.  Oleh itu, RASA cadangkan korang  cuba menu seafood ini, ada lima resipi yg simple. Masak pun tak sampai 15 minit siap dah siap. mkn panas-panas, emmm memang sedap sehingga menjilat jari. Cubalah salah satu ye, mesti  En Suami puji punya.

 ketam - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ kg ketam- saiz besar
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bawang besar, sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
  3. Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  4. Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dgn garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
  6. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.

sotong 2 - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

SOTONG KICAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam  kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
  3. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
  5. Akhir sekali lengkapkan rasa dgn garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
  6. Sedia dihidang.

kepah 1 - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kupang
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Sedikit garam, gula dan lada sulah

 CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dlm kuali, kemudian tumiskan bawang putih sehingga keperangan.
  2. Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
  3. Perasakan dgn sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
  4. Angkat dan hidangkan.

lala - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

 LALA TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lala-bersih dan tos
  • 2 batang serai –kisar kasar
  • 3 tangkai cili merah-kisar kasar
  • 3 tangkai cili padi-kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih-kisar kasar
  • 1 biji bawang besar-kisar kasar
  • 3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
  • 1 biji tomato-cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka mkn
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
  3. Lengkapkan rasa dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
  5. Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.

 Untitled design 62 - Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini.

UDANG MENTEGA MADU LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL- bersih dan tos
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih-cincang
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 2.5cm halia-hiris halus
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • ½ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dlm kuali, goreng udang sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  2. Biarkan lebihan mentega dlm kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
  3. Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
  4. Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
  5. Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
  6. Lengkapkan rasa dgn garam dan madu.
  7. Akhir sekali masukkan udang.
  8. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

Komen anda


Loading...

Tags: #ini. #MENU #Pikat #Seafood #suami

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Leave a reply "Pikat Suami Dgn 5 Menu Seafood ini."