PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

Loading...

IMG 20190425 201625 1 - PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

KOTA BHARU: Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, di sini, hari ini tampil kelainan apabila ibu bapa hadir membuat kejutan utk membasuh kereta guru.

Kehadiran 15 ibu bapa seawal jam 8 pagi tadi dgn masing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelap ternyata mengejutkan guru di sekolah itu.

IMG 20190425 201705 - PIBG buat kejutan Hari Guru cuci kereta cikgu

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hisyam Daud, berkata ia adalah sebahagian kejutan yg dirancang jawatankuasa PIBG tanpa pengetahuan guru sekolah itu.

“Kami adalah ibu bapa murid Thn Enam hadir pd hari ini bg menghargai jasa guru yg mendidik anak-anak kami drpada Thn Satu sehingga sekarang berada di Thn Enam.

“Kami sempat mencuci kesemua 46 kereta guru termasuk empat motosikal.

“Kerja mencuci kenderaan dimulakan ketika semua guru bersama 268 murid berkumpul di medan perhimpunan bg menyambut Hari Guru,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Zurina Ripin berkata, ini adalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara berkumpulan utk sama-sama mengadakan aktiviti bg sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

“Kami hanya sedar apabila mereka selesai membasuh kenderaan dgn menggunakan peralatan yg dibawa sendiri

“Alhamdulillah terima kasih PIBG atas kejutan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Loading...

Tags: #Buat #Cikgu #Cuci #Guru #Hari #Kejutan #Kereta #PIBG

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Comments are closed.