Phir Bhi Dil Hai Hindustani: Media, Sebuah Boneka Politik

Hari ni admin nak bebel pasal filem Shah Rukh Khan pula. Layan jelah. Pastu jangan lupa SHARE tau!
SRKJuhi 96085 730x419 m 1 - Phir Bhi Dil Hai Hindustani: Media, Sebuah Boneka Politik
1. Phir Bhi Dil Hai Hindustani ialah sebuah filem thn 2000 lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla. Filem ni ialah filem pertama terbitan Shah Rukh bersama Juhi Chawla dan juga pengarahnya, Aziz Mirza.
2. Filem ini bergenre komedi romantik tetapi ianya bukan kosong. Isu yg tak pernah dipaparkan setinggi itu, iaitu isu media dan juga politik menjadi paparan.
3. Filem ni dgn berani mengkritik media dan permainan mereka dgn dunia politik. Kita dipaparkan dgn bagaimana dua stesen TV akhirnya bersatu hanya utk sebuah komplot politik.
4. Akibatnya, berita yg dipaparkan di media masa menjadi sebuah penipuan. Penipuan yg besar sehinggakan Ajay dan Ria terpaksa bertungkus lumus menyelak kembali kebenaran tentang kes Mohan yg membunuh adik kepada seorang menteri.
5. Phir Bhi Dil Hai Hindustani tidak paparkan satu pandangan sahaja tentang dunia media. Kita diperlihatkan dr mata media, bagaimana Ajay Bakshi, seorang wartawan yg rapat dgn politikus berubah arah apabila perancangan bunuh menteri yg asalnya hanyalah fake bertukar menjadi real.
6. Ajay Bakshi ialah simbol kepada wartawan di luar sana yg sebenarnya diperkuda parti politik. Namun, kita tak blh salahkan mereka. Mereka pun bekerja utk sara hidup.
7. Cuma, jelasnya di dlm filem ini. Media sebenarnya sebuah bisnes yg mengambil wang drpada kehidupan seseorang. Di dlm filem ini, Mohan dituduh sbg teroris hanya kerana Ketua Polis malas nak buat kenyataan kerana didesak oleh dua pihak parti politik.
8. Hanya kerana satu kenyataan, ianya mencetuskan viralnya yg tersendiri sehinggakan satu India berkurung dlm rumah hanya kerana nak tonton live telecast penggantungan seorang marhaen yg diperdaya media.
9. Tapi jaga jaga. Once rakyat tahu kebenaran, diorang takkan takut utk turun melawan penipuan. Jadi, kuasa rakyat itu sebenarnya lebih besar dr segala pangkat yg ada. Kerana rakyat ini ibarat semut yg blh bersatu utk menumpaskan gajah yg gagah.
10. Phir Bhi Dil Hai Hindustani ialah sarcasm kepada pengamal media. Tentang bagaimana kebenaran di dlm tv kadangkala tidak benar belaka. Kadangkala ianya juga ialah rekayasa. Sebuah fiksyen yg dibenarkan oleh naratif rekaan.
11. Tapi, admin pasti, pengamal media kita tak macam dlm filem ni. Tamakkan duit sampai buat live show benda mengarut dan juga dipengaruhi oleh parti politik kan? Harapnya taklah.
Syukur, Malaysia tak macam tu. Kan…

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Loading...

Tags: #Boneka #Hindustani #Media #Phir #Politik #Sebuah

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Phir Bhi Dil Hai Hindustani: Media, Sebuah Boneka Politik"