Petua dan Tips Rumah Tangga Keluarga Bahagia

Loading...

Petua keluarga bahagia Very Simple

Lumrah berumahtangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika. Pasangan mana yg tidak bergaduh, rumahtangga mana yg tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yg perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

Antara faktor yg menyebabkan suami isteri bertengkar dr masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yg betul utk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara utk mencapai perdamaian yg tahan lama.

IMG 20180715 151658 589 1 - Petua dan Tips Rumah Tangga Keluarga Bahagia

1. Jangan merajuk

Semenjak kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk utk mendapat apa yg mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk utk menang dan utk memaksa suami mengalah. Apabila membujuk, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali utk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia blh memburukkan lagi masalah yg ada. Walaupun dgn cara merajuk isteri blh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yg kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha utk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahwa dia sedang dihukum oleh isterinya dgn cara merajuk. Orang yg menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan utk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yg menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dgn itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya saja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yg suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dlm keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yg sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yg satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung utk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dgn isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung utk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta atau menipu

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia utk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dlm hubungan perkahwinan.

5. Berhenti menggunakan bahasa kasar dan negatif

Dua jenis bahasa negatif yg biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan /makian dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah drpada menggunakan bahasa negatif.

“Ini semua kerana sikap kamu yg tak betul tu.” (tuduhan)

“Kenapa abang tak mau dengar nasihat saya?” (tuduhan)

“Ini salah awak juga.” (tuduhan)

“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan

selalu membujuk.” (tuduhan)

“Abang tak guna langsung.” (celaan)

“Awak tak senonoh!” (celaan)

“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan)

“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yg sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dgn murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan utk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pd masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yg menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yg sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yg hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” drpada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yg blh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.

7. Senyum semula

Di dlm sebuah kajian, antara perkara yg banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahwa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yg mujarab utk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yg berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yg memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama utk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yg mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha utk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti puncak masalah

Masalah ialah punca konflik yg utama. Selagi puncak masalah itu tidak dikenal pasti dgn tepat dan diatasi, selagi itu konflik yg sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sbg contoh, perbuatan isteri yg suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dgn tepat puncak masalah itu. Tujuannya bukanlah utk mengungkit-ungkit perkara yg sudah berlaku, tetapi utk mengelakkannya drpada berulang lagi pd masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yg berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yg menerangkan apa yg sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

a. “Awak tak bertanggungjawab.” (x)

“Saya mahu supaya saya diberi uang belanja dapur yg cukup tiap-tiap bulan.” (/)

b. “Awak degil.” (x)

“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)

c. “Awak sudah bosan dgn saya.” (x)

“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (/)

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dgn bahasa yg tepat apakah perubahan yg kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca drpada tingkah-laku yg tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dgn mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yg mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dgn jelas tingkah-laku yg mana satu yg mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dlm ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yg kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dgn tepat perbuatannya yg mana satu yg dimaksudkan sbg biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri utk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yg “tidak biadab”.

a. “Jangan biadab pd saya.” (x)
“Jangan memaki saya.” (/)

b. “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)

b. “Jangan suka beli baju yg mahal-mahal sangat.” (/)

c. “Jangan pemalas.” (x)

“Jangan selalu tidur siang.” (/)

d. “Layani saya dgn betul.” (x)

“Jangan paksa saya mkn nasi bungkus selalu.” (/)

e. “Jangan syirik.” (x)

“Jangan cemuhkan saya.” (/)

Loading...

Tags: #Bahagia #Keluarga #Petua #Rumah #Tangga #tips

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Petua dan Tips Rumah Tangga Keluarga Bahagia"