Pesanan Kepada Ibu Mengandung, Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula..

Loading...

Oleh : Hana Hadzrami

IBU GULA

Baru-baru ini saya biuskan pesakit cilik yg menjalani pembedahan cleft lip dan cleft palate.

3 drpada 4 kanak-kanak tersebut ialah hasil drpada ibu mengandung dgn kencing manis (gestational diabetes). Mereka bukan saja sumbing biasa, tetapi ada kecacatan lain juga. Mereka berwajah sindromik, ada jantung berlubang, jari terlebih. Dua drpada anak tersebut cuma ada satu buah pinggang yg berfungsi. Diagnosis mereka ialah diabetic embryopathy. Kesian kan?

Pregnant 1 - Pesanan Kepada Ibu Mengandung, Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula..


Paling teruk saya pernah biuskan ialah bayi hasil ibu diabetes yg bukan saja sumbing, jantung berlubang, usus buntu (tiada lubang dubur), buah pinggang satu. Malah organ jantinanya juga kabur (ambiguous genitalia) dan tiada telinga!

Ibu-ibu mereka semua berisiko tinggi diabetes tetapi melalui saringan diabetes yg lambat. Dah 20 minggu mengandung baru nak jumpa doktor dan buat saringan air gula. Pd 24 minggu baru tahu ada diabetes dan baru nak mula rawatan dan terapi diet.

Padahal pembentukan organ janin (organogenesis) berlaku seawal trimester pertama (3 bln pertama). Kalau paras gula tak terkawal seawal itu maka rosaklah kejadian janin.

Untuk ibu berisiko rendah mereka hanya perlu melalui ujian saringan gula pd minggu 20-24. Tetapi ibu yg berisiko tinggi perlu melalui saringan lebih awal lagi.

Diabetes sewaktu mengandung adalah disebabkan sel tubuh resistan terhadap insulin. Ia disebabkan oleh perubahan hormon sewaktu mengandung. Kegemukan dan malas bersenam juga salah satu sebab sel tubuh rintang insulin.

Siapakah ibu yg berisiko tinggi mendapat diabetes sewaktu mengandung?

1. Ibu yg ada prediabetes. Paras gula mereka dah melebihi normal tetapi belum cukup utk dipanggil diabetes.

2. Ada diabetes semasa kandungan yg lps


3. Ada darah tinggi


4. Ahli keluarga yg ada diabetes


5. Ada masalah sindrom polycystic ovari


6. Berat badan berlebihan sebelum mengandung atau naik berat mendadak sewaktu mengandung.


7. Berumur lebih 25 thn.



8. Pernah melahirkan bayi yg berat 4kg keatas atau bayi yg cacat.


9. Pernah ada sejarah keguguran 


10. Berbangsa india, asia, afrika atau hispanic

Jika ibu tersebut sudah pun ada diabetes sebelum mengandung, disarankan paras HbA1c mereka perlu kurang dr 6.1% sebelum nak mengandung. Jika lebih dr 10% tolong jangan mengandung dulu. Naya ibu dan anak nanti.

Saya dengar trend ibu-ibu sekarang boikot ujian saringan gula. Katanya blh dpt diabetes bila telan air gula tu. Jangan ya. Tak betul tu.

Ada pula yg boikot ujian tu tapi nak buat saringan HbA1c sahaja. Sebenarnya ujian HbA1c ini hanya tepat sebelum mengandung dan semasa awal trimester saja. Masuk trimester kedua ia kurang tepat, dan tak sesuai dijadikan ujian saringan tunggal.

Saya seru pd para ibu supaya peka dgn kesihatan sendiri dan dengarlah nasihat doktor anda. Janganlah sebab kita cerewet taknak buat saringan air gula, bayi kita pula menanggung pdh cacat seumur hidup. Dan jangan terkejut jika dengar byk keguguran adalah disebabkan diabetes.

Kan kita semua mahukan yg terbaik utk anak-anak kita?

Loading...

Tags: #Boikot #Gula #Jangan #Kepada #Memandai #Mengandung #PESANAN #saringan

author
Author: 
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi

    Leave a reply "Pesanan Kepada Ibu Mengandung, Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula.."