Pes Belacan Serba Guna, Mudahkan Kerja Memasak di Dapur, Jimat Masa

cpver 1 - Pes Belacan Serba Guna, Mudahkan Kerja Memasak di Dapur, Jimat Masa

Apabila berada di dapur, antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan-bahan atau orang panggil sbg ramuan. Apa kata kita buat siap-siap bahan perencah utk dijadian ramuan dlm mknan yg bersesuaian. Pes begini sebenarnya blh digunakan dlm byk masakan.

Jadi, ianya memudahkan kerja di dapur. Misalnya nak masak nasi goreng. Anda dah tak perlu nak mengupas bawang, perisi ikan bilis, menumbuk belacan dan sbgnya. Hanya tinggal tumiskan pes ini dan nasi. Kalau nak tambah sotong atau udang, itu terpulang. Senang kan?

PES BELACAN SERBA GUNA

1 8 - Pes Belacan Serba Guna, Mudahkan Kerja Memasak di Dapur, Jimat Masa

Bahan-bahan
10 biji cili padi
2 biji cili merah (nak letak semua cili padi pun blh)
Belacan sebesar ibu jari
Air
Minyak masak utk menumis
2 sudu teh sos tiram
Sedikit gula

Cara memasak
1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan sos tiram serta gula dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bg mengelakkan pes hangit.
4. Pdmkan api dan sejukkan. Simpan di dlm bekas bertutup.

TIP:
1. Blh juga masukkan ikan bilis dlm bahan utk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
2. Jika mahu buat dlm jumlah yg byk, gandakan kuantiti bahan-bahan di atas.

Selamat mencuba!

Kredit gambar & resipi: Azima Dandelion via MAHN

Komen anda

Loading...

Tags: #BELACAN #Dapur #Guna #JIMAT #Kerja #masa #Memasak #mudahkan #Serba

author
Author: 
    Wah Menariknya Aneka Autentik Di Bufet Ramadan Di Hotel Sunway Putra Ni.
    . Hotel Sunway Putra kali ini mengetengahkan menu autentik Melayu utk Buffet Ramadan
    Gara-Gara Bau Belacan Bakar, Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis.
    Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada
    4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap
    Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni
    5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.
    Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu

    Leave a reply "Pes Belacan Serba Guna, Mudahkan Kerja Memasak di Dapur, Jimat Masa"