Peruntukan sekolah Cina dianggap “penghalang” perpaduan – Prof Teo Kok Seong

teo kok seong.transformed 1 - Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong
Profesor Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu sering menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan yg diberikan kerajaan kepada sekolah Cina kerana ia dianggap penghalang perpaduan, kata Prof Teo Kok Seong.

Felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, rata-rata sekolah Cina dilihat ‘tidak cukup’ nasional dan gagal melahirkan generasi yg memupuk perpaduan walaupun setelah lebih 60 thn negara mencapai kemerdekaan.

“90% lpsan pelajar sekolah Cina masih tidak fasih berbahasa Melayu, mereka tidak bergaul rapat dgn bangsa lain seolah-olah berada dlm dunia sendiri – satu koloni Cina di Malaysia – sedangkan mereka tidak lagi dianggap pendatang.

“Apabila peruntukan tambahan diberikan kepada sekolah Cina, proses pembentukan negara dilihat terbantut, ia seperti penghalang kepada perpaduan,” katanya kepada FMT.

Apabila ditanya mengapakah sekolah Cina, terutama sekolah swastanya, sering menjadi sasaran, bukannya sekolah Tamil mahupun sekolah di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, ini kerana kaum Cina mempunyai satu “kelebihan” yg tidak dimiliki kaum lain.

“Kaum minoriti seperti orang India atau etnik lain tidak mempunyai kuasa ekonomi seperti kaum Cina.

“Ramai mereka adalah ‘tauke’ yg mampu menjadikan sekolah Cina sama hebat seperti universiti awam. Mungkin ada peruntukan yg wajar diberikan, tetapi kerajaan perlu lebih berhati-hati dlm usaha meraih orang sokongan Melayu,” kata Teo.

Dalam pd itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa pula menganggap peruntukan yg diberikan kerajaan tidak sepadan dgn keadaan sebenar sekolah di negara ini.

“Banyak sekolah kebangsaan berada dlm keadaan daif sedangkan sekolah Cina jauh lebih baik, tiada sebab utk mereka menerima peruntukan yg besar.

“Orang Melayu marah bukan kerana perkauman, tetapi apabila peruntukan diberikan kepada sekolah Cina, sekolah kebangsaan dirasakan semakin ketinggalan,” katanya.

Pada awal Januari lps, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan pemberian dana khas kepada Kolej Universiti New Era kerana kerajaan tidak pernah menyatakan sebarang pemberian bantuan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu dlm Belanjawan 2019.

Kementerian Pendidikan bagaimanapun menafikan ia ada kaitan dgn dana khas yg diberikan itu, dan sebaliknya berkata, peruntukan tersebut bukan sebahagian drpada wang RM652 juta yg diperuntukkan dlm bajet negara, sebaliknya diberikan secara langusng oleh Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan terbaru mengenai peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina thn ini yg berjumlah RM12 juta, kementerian itu berkata, ia bukan merupakan peruntukan drpadanya.

“Sebaliknya ia adalah dana khas yg disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah terlibat,” katanya.

“Dalam kes yg dipertikaikan oleh beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yg diumumkan oleh timbalan menteri pendidikan kebelakangan ini adalah peruntukan yg diluluskan utk 2018, bukannya peruntukan 2019.

“Memandangkan peruntukan tersebut adalah peruntukan 2018, maka KPM perlu menyalurkan peruntukan tersebut ke Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing sebelum penutupan akaun thn 2018,” katanya.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak RM527 juta diperuntukkan kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama (RM250 juta); sekolah jenis kebangsaan Cina (RM50 juta); sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM50 juta); sekolah berasrama penuh (RM50 juta); sekolah agama bantuan kerajaan (RM50 juta); sekolah mubaligh (RM50 juta); sekolah menengah jenis kebangsaan/conforming school (RM15 juta) dan sekolah menengah persendirian Cina (RM12 juta).

“Manakala baki sebanyak RM125 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta); sekolah tahfiz (RM50 juta) dan sekolah pondok yg berdaftar (RM25 juta)” kata KPM.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #Cina #Dianggap #PENGHALANG #PERPADUAN #peruntukan #Prof. #Sekolah #Seong

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Peruntukan sekolah Cina dianggap “penghalang” perpaduan – Prof Teo Kok Seong"