Pertukaran guru, pertimbang dahulukan “guru veteran”

guruBtertekan - Pertukaran guru, pertimbang dahulukan "guru veteran"

SAUDARA PENGARANG

MOHON Jabatan Pelajaran Kelantan dan seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengambil cakna dan prihatin kepada permohonan pertukaran guru di dlm dan luar daerah agar diberi pertimbangan sewajarnya.

Keutamaan kelulusan pertukaran adalah dicadangkan khusus kepada guru yg mempunyai masalah kesihatan dan telah berkhidmat di sesebuah sekolah melebihi lima thn.

Selain itu, tempat bertugas mereka jauh dr kediaman masing-masing. Majoriti guru-guru ini sudah berusia dan adalah lebih baik diberi pertimbangan dan keutamaan kepada mereka.

Apa yg berlaku semenjak dahulu lagi, pertukaran guru hanya diberi layanan istimewa jika mereka mempunyai hubungan baik dgn tokoh politik tertentu serta ada hubungan persaudaraan dgn pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD.

Kasihanilah kami yg tidak mempunyai ‘talian hayat’ seperti segelintir guru lain dan begitu lama berulang-alik ke tempat kerja bertahun-tahun lamanya.

Bukan kami tidak bersyukur dan byk songeh tapi apa yg berlaku tidak melambangkan profesionalisme dlm pengurusan penempatan dan pertukaran guru.

Ada beberapa kes, guru terbabit telah pun berkhidmat lebih 10 thn di sesebuah sekolah dan setiap thn memohon pertukaran, namun tidak berjaya.

Sedangkan terdapat beberapa guru mendapat layanan ‘sangat istimewa’. Begitu mudah diberi kelulusan pertukaran walaupun usia mereka lebih muda dan hanya dua, tiga thn berkhidmat.

Malahan hanya beberapa bln berkhidmat di sesebuah sekolah tetapi berjaya dlm permohonan mereka. Kami juga berharap Kementerian Pendidikan dan menteri berkaitan mengambil cakna tentang hal ini.

GURU SENIOR
Pasir Mas

Loading...

Tags: #dahulukan #Guru #pertimbang #pertukaran #veteran

author
Author: 
    Dulu Gak Percaya Tuhan Itu Ada, Kini 3 Artis Ini Peluk Islam! No 2 dan 3 Terlahir Muslim!
    slidegossip.com – Sejatinya semua makhluk hidup dan seisi alam semesta ini ada penciptanya.
    Basic Reading Material 02 (Flashcards)
    Reading is an important skill for success in any facet of life. Reading
    Suami Meninggal, Istri Artis Ini Curhat: Siapa yg Urus Anakku Jika Aku Tertular Corona?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 membuat byk orang was-was. Pemerintah Indonesia pun
    COVID-19: KPM ubah jadual peperiksaan kendaliannya
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kenyataan media melalui laman Facebook rasminya

    Leave a reply "Pertukaran guru, pertimbang dahulukan “guru veteran”"