Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS

Loading...

azizbari kredit card 800x445 c 1 - Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM - CUEPACS
GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm Belanjawan 2020 yg dijangka dibentangkan pd 11 Oktober depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata pemberian itu sbg pengiktirafan kepada mereka yg bekerja keras memberi khidmat terbaik kepada kerajaan.

Beliau berkata, biarpun kerajaan sudah bertukar, agensi dan kementerian yg ada masih sama dgn semua kakitangannya berkhidmat tanpa prejudis.

“Ramai (penjawat awam) amat berharap dan bertanya, thn ini ada bonus atau tidak? Saya yakin dgn kebijaksanaan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), bonus itu mesti ada.

“Walau dlm keadaan apa sekalipun, penjawat awam perlu diiktiraf kerana mereka byk menyumbang bg memastikan negara aman dan makmur.

“Berapa byk (jumlah bonus), ikut kemampuan kerajaan tetapi kita berharap sekurang-kurang sebulan gaji,” katanya pd sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CUEPACS Pulau Pinang di Bangunan ACC Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, hari ini.

Selain bonus, Azih berkata, harapan lain CUEPACS dlm belanjawan kali ini termasuk agar kerajaan menyemak semula Skim Saraan Malaysia (SSM).

Beliau berkata, SSM tidak pernah disemak semula sejak 17 thn dilaksanakan, justeru sudah tiba masa ia dikaji dgn memperkenalkan skim gaji baharu demi kepentingan lebih 1 juta penjawat awam selaras keadaan ekonomi semasa.

“Kita juga berharap pd 2020, gaji permulaan berada di atas garis kemiskinan.

“Garis kemiskinan negara ini perlu diubah kerana ia menunjukkan kita masih dlm dunia membangun yg mundur dan terkebelakang sedangkan pd hakikatnya, kita adalah negara membangun yg paling maju.

“Malah, sesetengah negara turut menganggap Malaysia sebuah negara maju tetapi indeks kemiskinannya masih dlm negara membangun,” katanya.

Selain itu, Azih berharap kerajaan akan terus mengekalkan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 33 institut latihan bawah Kementerian Kesihatan yg sedia ada.

“2020 adalah thn istimewa dan kita berharap ada kejutan istimewa utk semua penjawat awam,” katanya.

Loading...

Tags: #Bonus #Cuepacs #GAJI #pertimbang #SEBULAN #Semak #Semula

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Comments are closed.