Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak

Assalamualaikum & hello there,

Yes akhirnya cukup satu Malaysia BBL dah pergi selepas awal bulan ni berjaya jejak kaki ke Borneo iaitu Sarawak dan Sabah dlm masa 2 hari. Well memang jadi impian saya nak sangat terbang ke Malaysia Timur sejak dr zaman sekolah menengah lagi. Bagai orang mengantuk disorok bantal bila bos mintak outstation ke Sarawak + Sabah sekali gus. 

photo6134136446529939602 horz 1 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak


Nak dijadikan cerita, mula-mula bos just request seorang je staff pergi sebab bulan 12 memang pack dgn event company. Kemudian bos tukar fikiran, dia mintak BBL teman staff pilihan dia utk terbang ke sana. Mau tak bersorak gembira nak jejak kaki negeri orang. Besok nak fly, petang tu juga kami beli tiket ke Kuching. Nasib baik dapat harga tiket RM230 seorang sehala sebab biasanya rare sangat dapat tiket ‘murah’ macam tu. Rezeki kami agaknya.

flightBkeBkuching horz - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak


Satu persoalan BBL waktu tu, PERLU KE BAWA PASSPORT KALU DATANG SARAWAK & SABAH??

Bunyi macam pelik sebab dua negeri Borneo tu masih dlm negara Malaysia tetapi pernah dengar orang Semenanjung cerita dulu (tahun 2010)..kalu nak datang Sabah/Sarawak kena ada passport. Utk pengesahan saya tanya experience housemate yg dah pernah pergi sana. Dia suggest bawak je passport tetapi nak bawa kad pengenalan tak jadi masalah. Cuma kalu dgn passport lebih secure..sebab kenapa…kena baca sampai habis.

Cut the story..kami pun sampai awal ke KLIA2 sebab excited sangat nak monitor program under company. Lagi murah rezeki kami dapat Hot Seat AirAsia waluapun BBL tak bayar additional cost utk kerusi panas tu. Lagi best seat BBL sebelah tingkap. Mau tak double triple seronok dapat view paling nice utk saya enjoy perjalanan dr Kuala Lumpur ke Kuching merentasi tanah Semenanjung, Laut China Selatan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yg ambil masa 1 jam 50 minit.. itu pun kalu tak delay dan cuaca baik.

photo6134184571638491166 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
photo6134184571638491172 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
tak silap ni kawasan sekitar Putrajaya

So hampir 2 jam lebih terbang sebab masa hari kejadian time nak landing cuaca kat Kuching tengah hujan lebat amat sangat. Maka berlegar-legar kami dlm pesawat atas awan bandaraya Kuching tunggu clearance dr menara trafik. Alhamdulilah selamat touch down walaupun jalan agak licin lepas hujan lebat.

Setel keluar dr aircarf terus BBL dgn officemate keluar dr arrival lounge, ingatkan terus jumpa gate rupanya kena melepasi kaunter imgerisen. Ha kat sini pentingnya bawa passport utk tujuan cop permit sebagai pas lawatan sosial. Incase tak ada passport/tak bawa, blh je guna kad pengenalan dan korang akan diberi sekeping kertas Pas Lawatan Sosial. 

photo6134136446529939614 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
cop permit lawatan sosial pd buku passport


photo6134136446529939615 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
ni kertas permit lawatan sosial – sah utk 90 hari sahaja dr tarih masuk


Kertas permit Pas Lawatan Sosial ni korang kena simpan & jaga elok jangan bagi hilang kalu tidak nanti susah bila nak pulang ke semenanjung incase permit ni hilang. No wonder housemate suggest bawa passport sebab off course passport kita akan jaga bagai menatang minyak yg penuh kan. Kalu korang datang bercuti 2 3 hari tak jadi masalah lagi nak simpan pas lawatan ni dgn baik tetapi kalu datang sebulan atau 2 bulan utk oustation mau rupa belacan kertas permit bila nak tunjuk nanti. Hahaha..

Lagi pun chop permit kat buku passport blh tambah bilangan cop kastam. Wah blh bermegah dah travel banyak negara walaupun just datang Sabah/Sarawak sebab urusan kerja. Hahahaha

So esoknya pagi terus shoot ke Kota Kinabalu waktu subuh. Pergh dah macam explorace international jump satu negeri ke negeri lain. Kalu dekat mcam Kuala Lumpur pergi Nilai tak pe lagi..ni dr Kuching ke Kota Kinabalu. Hujung Borneo ke hujung tu.. so terbang lagi utk 1 jam 30 minit..boleh tahan jauh tu. 

photo6134184571638491193 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak


Dah touch down ibu negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu, kena cop passport lagi sekali sbg pas permit lawatan sosial. Yes bertambah lagi satu cop imgresen. Sama macam kes di Kuching incase tak bawa passport blh guna kad pengenalan dan akan diberikan resit pas lawatan sosial. Ingat simpan elok-elok kertas tersebut jika anda tak mahu mengalami kesulitan amat payah time nak keluar dr Sabah/Sarawak. 

BBL tak sempat nak discover tempat menarik sekitar Kuching sangat sebab kami sampai waktu malam dan subuh esoknya terus ke Sabah. Cuma di Kota Kinabalu sempat la jalan-jalan kawasan tarikan pelancong seperti Pantai Tanjung Aru yg sangat terkenal antara salah satu lokasi matahari terbenam paling cantik didunia. Sebelah malam flight kitaorang pulang ke ibu kota. Waa..sedih tak dapat spend masa banyak kat negeri Borneo.

photo6136318861146957970 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak
 serius cantik amat sangat sunset kat sini.. love it
photo6136436371452176513 horz - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak


Insyallah thn 2019 nanti BBL akan cuba datang lagi sekali Sarawak dan Sabah dgn spend lebih banyak hari utk terokai apa best di sini. Betul la orang kata, kalu sekali datang Sabah/Sarawak terus jatuh cinta tak blh move on. 

photo6134184571638491196 - Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak


Okay BBL dah mengantok..tunggu next entri ye. Bye 

Loading...

Tags: #Atau #Bawa #Kalu #Passport #Pergi #Perlu #Sabah #Sarawak

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Perlu Ke Bawa Passport Kalu Pergi Sabah Atau Sarawak"