Perlis Larang Zikir Lps Solat, Ini Penjelasan MAZA..

Loading...

Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin

PULAK DAH! PERLIS LARANG ZIKIR SELEPAS SOLAT???

Tiba-tiba seseorang datang menghulurkan tangan sambil berkata: “Minta maaf Dato’”. Saya tersenyum sahaja sambil bersalaman. Saya ingat itu sekadar ucapan.

ASRI 1 - Perlis Larang Zikir Lps Solat, Ini Penjelasan MAZA..


Dia berkata lagi: “Dato maafkan saya tak ni?”.

Saya bertanya dia: “Pasal apa?”.

Dia menjawab: “Saya selalu kutuk Dato Mufti dan buat status FB kata Dato melarang orang berzikir selepas solat. Bila saya datang ke Perlis melawat kawan di sini, saya dah masuk empat buat masjid. Kesemuanya ada tergantung di depan bacaan ‘zikir selepas solat’ arahan Jabatan Mufti. Mereka kata dah lama dah arah. Saya rasa saya silap fitnah kata Dato melarang zikir selepas solat. Minta maaf. Jangan Dato tuntut saya di akhirat”.

Saya membalas: “Sebenarnya kita tidak mengarahkan sbg wajib. Zikir atau wirid selepas solat itu sunat utk dilakukan. Kita dah lama edarkan supaya menjadi panduan utk jemaah yg ingin beramal. Tapi bukan wajib, namun ia sangat digalakkan. Di semua masjid di Perlis kita lancarkan dan minta digantung. Dah lama. Bukan sahaja itu, kita edarkan juga utk setiap rakyat buku kecil zikir selepas solat. Ada lagi buku himpun doa dan zikir. Semua percuma.

Dia berkata: “Maaf saya Dato’. Saya fitnah Dato sebab terikut dgn ustaz yg suka maki Dato’ tu. Bila kawan bg kat saya video Dato Mufti pasal ‘anak panah malam’ tu, saya risau kena kat saya pula. Minta maaf Dato. Cuma nak tanya, depa kata yg sesat tu sebab zikir itu tidak berjemaah. Dia orang kata Dato. Minta maaflah saya tanya”.

Saya bertanya: “Saudara pernah ke Mekah dan Madinah?”.

Dia jawab: “Ya, dua kali”.

Saya bertanya lagi: “Adakah mereka berzikir dan berdoa berjemaah selepas solat fardu?”.

Dia jawab: “Tidak. Mereka memang sendiri-sendiri. Kat Perlis pun saya tengok mcm tu juga. Sendiri-sendiri zikir dan berdoa. Cumanya ada yg sekejap sahaja terus bangun”.

Saya bertanya: “Apakah saya berpendapat Masjid Nabawi dan al-Masjidil-Haram mengamalkan amalan yg sesat?”. – dia diam-. Saya sambung lagi: “Dalam Kitab al-Umm, al-Imam al-Syafi’i sendiri berpegang kepada zikir secara perlahan selepas solat. Apakah beliau juga sesat atau wahabi? Kemudian, bg setiap negeri Ulul Amri memilih pendapat yg mereka mahu. Perlis juga memilih perlaksanaan amalan-amalan yg membabitkan masyarakat awam selaras apa yg Jawatankuasa Fatwa percaya itulah yg paling teguh di sisi nas. Jawatankuasa Fatwa Perlis mempunyai ramai tokoh-tokoh ilmuan dlm negara ini. Jika ada yg ingin mengamalkan yg berbeza, dia blh buat secara sendirian atau di rumah sendiri. Tiada siapa atau membangkang. Adapun urusan pemtadbiran awam, itu berada di bawah garis panduan pihak yg mentadbir. Pun begitu, belum ada lagi di Perlis yg ditahan ataupun dibawa ke mahkamah kerana amalan-amalan sunat ataupun perkara-perkara khilaf dlm kalangan imam-imam mazhab. Kita bukan puak yg suka kafir-mengkafir atau memaki hamun. Namun fitnah dan pembuat fitnah akan membayar harganya di dunia dan di akhirat”.

Dia cepat menjawab: “Dato, saya dah minta maaf. Janganlah sampai ke akhirat”.

Saya jawab: “Untuk yg meminta maaf berhubung hak orang lain, dia mesti mengembalikan hak itu jika dituntut. Dlm kes saudara, saya tuntut saudara membetulkan balik fakta yg salah yg saudara sebarkan”.

Dia menjawab: “In sha Allah Dato, saya cuba. Sekali lagi Dato, minta maaf”.
Dia bersalam dgn saya lalu pergi.

Demikianlah sesetengah pihak mengambil maklumat yg palsu sedangkan mereka sendiri tidak tahu benar ataupun salah.

Firman Allah:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

(maksudnya) “dan mereka yg menyakiti perasaan orang-orang lelaki yg beriman dan orang-orang perempuan yg beriman tanpa kesalahan yg mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka (yang menyakiti itu) telah memikul kesalahan secara dusta, dan berbuat dosa ang amat nyata”. (Surah al-Ahzab: 58).

Adapun apa yg disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h adalah seperti berikut:

وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ

“Pendapatku utk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari drpadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari drpadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”.

Adapun mengenai hadis Ibn ‘Abbas yg menyebut zikir kuat selepas solat, al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.

Aku berpendapat bgnda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Utk orang ramai mempelajarinya drpada bgnda. Ini kerana kebanyakan riwayat yg telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut bgnda berzikir selepas solat seperti yg aku nyatakan, kadang-kala disebut bgnda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk bgnda (selepas solat) tetapi tidak menyebut bgnda zikir secara terang. Aku berpendapat bgnda tidak duduk melainkan utk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?. Aku katakan: Seperti bgnda pernah bersolat di atas mimbar, yg mana bgnda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian bgnda undur ke belakang utk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur bgnda, bgnda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat bgnda mahu agar sesiapa yg jauh yg tidak melihat bgnda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Bgnda ingin mengajar mereka keluasan dlm itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dgn kadar yg seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yg Umm Salamah katakan. Kemudian imam blh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dr itu, tidak mengapa. Makmum pula blh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai utknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)

Loading...

Tags: #Larang #MAZA #Penjelasan #Perlis #Solat #Zikir

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Perlis Larang Zikir Lps Solat, Ini Penjelasan MAZA.."