Perhimpunan mingguan sekolah perlu lebih kreatif – Maszlee

FB IMG 1549953990108 1 - Perhimpunan mingguan sekolah perlu lebih kreatif - Maszlee

KUALA LUMPUR: Perhimpunan mingguan secara konvensional di sekolah akan ditambah nilai dgn memfokuskan budaya kreatif, inovatif dan dinamik dlm kalangan pelajar.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian perkembangan semasa.

Sehubungan itu katanya, Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yg dibangunkan Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Ilmu sejak Januari 2017 akan dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara secara berperingkat.

“Modul ini memperkasakan lagi komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).

“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan bersifat sehala perlu diubah serta-merta kerana ia membosankan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Thn Kampus Ilmu Khas di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr Rusmini Ku Ahmad dan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Suhaimi Mohamed Ali.

Dr Maszlee berkata, IPG Kampus Ilmu Khas yg juga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir ialah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yg dilaksanakan M10MP supaya perhimpunan mingguan ​​​​​​​sekolah lebih ceria dgn memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dlm waktu yg singkat.

Selain itu katanya, ia turut mengetengahkan elemen KBAT, kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yg digabung secara komprehensif dlm perhimpunan itu.

Katanya, pd 2017, M10MP memperkenalkan elemen KBAT manakala pentaksiran​​​​​​​ berasaskan sekolah ​​​​​​​ialah elemen yg ditambah baik pd thn lalu.

“Tahun ini pula, modul ini difokuskan kepada elemen nilai yg membentuk karektor murid.

“Kita terapkan amalan dlm aplikasi M10MP ini dlm menyediakan pelajar ke arah Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Sumber: BH Online

Loading...

Tags: #KREATIF #Lebih #Maszlee #Mingguan #Perhimpunan #Perlu #Sekolah

author
Author: 
    Drama Senafas Rindu Episod 9
    Drama Senafas Rindu Episod 9. Dlm episod kali ni, Anne masih tak stabil.
    “Sembunyi Pawagam Tayang Versi Kedua ‘Misteri Dilaila’ Kurang Beretika” – Filemkita
    Laman Twitter Filemkita menyatakan bahawa tindakan utk merahsiakan pawagam mana yg menayangkan versi
    Drama Senafas Rindu Episod 10
    Drama Senafas Rindu Episod 10. Fariz tak pernah putus asa utk dapatkan Anne.
    Drama Senafas Rindu Episod 11
    Drama Senafas Rindu Episod 11. Anne nak berhenti Kolej ? Seriusly ? Tak

    Leave a reply "Perhimpunan mingguan sekolah perlu lebih kreatif – Maszlee"