Perdagang Kesetiaan Peminat; Selebriti Kaut Untung Dgn Ucapan Birthday!

Featured Image 2 41 1 - Perdagang Kesetiaan Peminat; Selebriti Kaut Untung Dgn Ucapan Birthday!

Tanpa peminat siapalah yg akan dipanggil sbg public figure. Selebriti atau artis merupakan kerjaya yg bernyawa disebabkan adanya peminat. Punya bakat luar biasa, selalu dapat job yg berskala besar, tetapi tak ada peminat yg menonton atau menyokong, tak akan ke mana selebriti atau artis tersebut.


Jadi pengacara TV, orang nampak muka, orang tukar siaran. Berlakon drama atau filem, nampak muka saja, orang tak nak tonton. Menyanyi, keluar radio orang tutup terus. Launching album tak ada yg beli. Keluar single tak ada yg request atau view di YouTube. Tercalon dlm anugerah tak ada yg nak undi.


Agak-agak kalau semua situasi di atas berlaku, akan wujudkah seseorang itu digelar artis atau selebriti?


Jadi, bilamana nama sudah di puncak. Ada golongan peminat yg ramai. Followers di Instagram berjuta-juta. Job masuk banyak. Anugerah undian peminat selalu dapat. Jangan jadi bongkak. Jangan jadi tamak. Jangan gunakan peminat utk kaut untung!


Mungkin ada peminat tak kisah membayar RM20, RM50 atau RM100 utk dapatkan ucapan hari lahir drpada selebriti pujaan mereka. Tetapi sbg seorang artis dan selebriti adilkah bagi anda menggunakan peminat sehingga tahap seperti itu utk mengumpul kekayaan?


Hidup bagaikan roda. Artis dan selebriti datang dan pergi ibarat bertukarnya malam dan siang. Susah hendak ditemukan yg bertahan puluhan thn lamanya, kecuali yg benar-benar menghargai peminat.


Janganlah perdagangkan kesetiaan peminat dgn wang ringgit, kerana tanpa peminat anda bukan siapa-siapa dlm industri seni dan hiburan di tanah air ini.


Loading...

Tags: #Birthday #Kaut #Kesetiaan #Peminat #Perdagang #Selebriti #Ucapan #Untung

author
Author: 
    Ejen Ali -Trailer Episod Akhir Musim 2
    Ejen Ali -Trailer Episod Akhir Musim 2 Jangan lupa Subscribe dan ikuti Ejen
    Too Good At Goodbyes – Sam Smith Cover by Luciana Zogbi
    Melancholy has its beauty and this song by Sam Smith captures it perfectly.
    Ejen Ali TERBARU MISSION BLUEPRINT1
    Ejen Ali seriess Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Temasek Poly’s Dikir Barat
    (Website: https://journeyhometosingapore.wordpress.com/) —————— Dikir Barat is a vibrant traditional Malay art form

    Leave a reply "Perdagang Kesetiaan Peminat; Selebriti Kaut Untung Dgn Ucapan Birthday!"