Percutian Singkat Ke Perlis

Loading...

Percutian Singkat Ke Perlis

Saya mengambil kesempatan utk ke luar daerah bersama Hubby pd hujung minggu 2 minggu yg lalu. Sekadar a short break. Tempat saya saya tuju adalah Perlis. Saya memang jarang ke negeri yg paling kecil ini. 


Sejak kunjungan pertama saya ke sana, asyik teringat ingat keenakan ikan bakar di gerai ikan bakar Kuala Perlis. Blh click di SINI. Ketika itu, saya meratah seekor ikan terubuk seorang diri dan Hubby pula mkn ikan siakap masak tiga rasa. 

Kali ini kami menukar dgn mengambil ikan jenahak. Ikannya sangat segar menjadikan ikan bakarnya sangat sedap di mana isi ikan jenahak yg kami order, sangat manis. Ikan bakarnya dibakar menggunakan arang, bukan dibakar menggunakan kuali. Inilah yg menjadikan ikan bakarnya berbeza dgn ikan bakar di tempat lain. Saya sempat merisik resepi. Tunggukan saya share di entri akan datang.
Percutian Singkat Ke Perlis

Lauk lauk lain yg kami order juga sangat sedap kerana mknan laut yg segar. Terletak bersebelahan jeti Kuala Perlis tempat di mana nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka. Udang hanya saya pesan supaya digoreng dgn garam kunyit sahaja. Manakala sotong pula dicelup tepung. Serious semua sedap. 

Walaupun dlm keadaan tidak sihat, saya tetap mkn sehingga habis licin. Cuma kengsom ikan pari sahaja yg tidak berapa menjadi kali ini. Tidak seperti kunjungan saya kali pertama dulu.  
Percutian Singkat Ke Perlis

Percutian Singkat Ke Perlis

Percutian Singkat Ke Perlis

Kami memilih utk menginap di Hotel Putra Brasmana yg berhadapan dgn pusat ikan bakar Kuala Perlis berhampiran dgn jeti. Kebetulan cuaca sangat sangat panas. Jadi kami hanya lepak di dlm bilik hotel. Keluar mkn dan balik semula ke bilik. 

Percutian Singkat Ke Perlis

Teringat suatu ketika dahulu kami pernah ke sini. Ketika Nana dan Nelly masih kecil. Kami parking dan mengambil feri ke Langkawi dan balik hari sahaja. Tidak bermalam di Perlis pun. Semasa di Langkawi, sempat juga beli beberapa biji pinggan corelle sekadar melengkapkan set sedia ada. Dan yg masih saya ingat, saya kena bayar cukai walaupun hanya beberapa keping. 

Hmm itulah masa baru membina kehidupan, asal ke kedai bebas cukai jer, memang membeli coklat dan pinggan mangkuk. Teringat ada seorang yg menggelarkan diri sbg Miss Bawang tulis kat saya “so kampung” kerana saya tidak menulis resepi di video youtube. Dia kata kenapa nak kena ambik resepi di blog, so kampung. 

Saya tak tahu lah kalau Miss Bawang yg so bandar ni lebih kaya, lebih berpelajaran berbanding dgn saya anak kampung.  Memang saya orang kampung. Saya bangga berasal dr kampung dan dibesarkan di kampung. Tapi sekurangnya saya berjaya dlm hidup di bandar. Sebab saya orang kampung, saya rasanya lebih beradab sbgmana orang kampung. Buat Miss Bawang, kalau tak ada yg baik baik, tak perlulah meninggalkan komen yg “jahat” (saya pinjam istilah orang kampung saya) seperti itu. 

Balik dr mkn kami tak ke mana mana. Terus balik bilik hotel. Malam melihat pemandangan tempat mkn yg sangat meriah sehingga ke jauh malam. 

Keesokkannya selepas bersarapan kami naik ke bilik berehat seketika sebelum check out. Singgah rumah seorang kawan dan selepas Zohor kami bertolak ke Alor Setar. 


Dalam perjalanan, kami singgah mkn tengahari di samping menikmati cendol Jo yg memang sedap. Hajat hati nak mkn gulai daging dgn umbut batang pisang. Tetapi katanya tiada stock batang pisang, jadi diganti dgn ubi kentang sahaja. 
Restoran Jo Cendul Pulut

Sesampai di Alor Setar kami berpusing pusing mencari tempat reflexologi kerana saya mahu mengurut sementara menunggu waktu utk ke airport. Saya mengambil pakej 1 1/2 jam sementara hubby hanya mengurut kaki. 

Sesampai di airport kami terus ke surau utk menunaikan solat. Alhamdulillah cuaca elok, kami sampai di KLIA tepat pd waktunya. Saya menpunyai temujanji dgn Forwarding Agent utk mengambil persian carpet yg saya bawa masuk dr Iran. Hmm seronoknya hati. Akhirnya cita cita saya utk memiliki carpet handmade yg didatangkan direct dr Iran tercapai. Alhamdulillah. 
Dengan itu berakhir lah percutian singkat, lari dr kesibukan bandar, keluar dr rutin biasa di rumah pd hari minggu.

Loading...

Tags: #Percutian #Perlis #Singkat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Percutian Singkat Ke Perlis"