
Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd thn 2019. Ianya mungkin catatan perjalanan biasa sahaja tetapi catatan ini lebih kepada kenangan dan rujukan mereka yg baru atau pertama kali mahu bercuti ke sana. Blh click catatan sebelum ini di SINI.
Tapi sebab masih ada barang barang yg belum dibeli, kami decide utk utk ke Galleries Lafayette terlebih dahulu. Lagi pula sesampai di Luzerne, tiada aktiviti lain. Jadi tak mengapa kalau sampai di sana sebelah malam pun.


Oleh kerana masih belum dapat menemui handbag Louis Vuitton Pochette Metis reverse, kami sekali lagi ke butik LV dgn harapan ada stock baru sampai pagi hari Isnin. Tapi hampa. Malahan saya mencari handbag ini di Rotterdam, Amsterdam dan Brussels yg juga tiada stock. Akhirnya kami terpaksa membuat refund.
Untuk menghibur hati, kami saja jer jamu mata dgn melihat sunglasses. Bila dah mencuba semua berkenan. Akhirnya kami beli satu seorang. Lagi pula utk bermain salji di Mount Titlis elok ada sunglasses kerana salji akan menyebabkan mata menjadi terlalu silau. Saya pula memang sengaja tak bawa sunglasses kerana mahu membeli yg baru.



Dari situ, kami berjalan pulak ke butik Gucci kerana Nelly mahu mencari sling bag. Ketika di Gucci dapat pula mesej dr follower yg meminta dibelikan pochette metis monogram. Jadi kami menukar plan, sebelum ke Switzerland, kami akan ke butik LV di Champs-Eysees terlebih dahulu.
Di butik Gucci, Nelly dan Juita masing masing membeli bag dan tali pinggang. Ketika di butik Gucci, Nelly menunjukkan saya handbag Dionysus berwarna putih dgn batu swaroski crystal yg cantik. Bag ini membuatkan saya teringat ingat sehingga akhirya saya beli di Amsterdam, Jadi biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli tau. hahaha

Selesai membuat claim utk tax refund, kami terus ke butik LV di Champs-Elysess dgn harapan bag pochette metis monogram yg kami tengok semalam masih ada stock. Alhamdulillah kerana diberitahu di seluruh Paris, hanya ada sebiji ini sahaja. Tersenyum gembira kami kerana selepas merata rata mencari, akhirnya berjaya. Memang susah sangat utk mendapatkan bag ini.

Hampir pukul 1.50 waktu tempatan, barulah selesai semuanya dan kami pun bertolak ke Switzerland yg memakan perjalanan selama 7 jam. Tiba di Luzerne pukul 7.50 petang. Semasa dlm perjalanan, kami singgah mengisi minyak sambil berkelah dgn nasi goreng dan sandwich sardin.

Dalam perjalanan, hujan renyai renyai. Sepanjang jalan saya sangat ralit melihat pemandangan tanaman yg menghijau dan juga kuning.


Tags: #2019/ #Eropah #Hari #London #Percutian