Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

IMG 6885 1 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Assalamualaikum, kita berjumpa lagi di sambungan catatan hari ketiga percutian saya di thn 2019. Blh click entri sebelum ini di SINI. Hari ini adalah merupakan hari kedua kami berada di Paris, di mana saya terjaga agak awal. Bilik di sini, sangat lah sempit, tiada air cond. Jika ingin sejuk, saya akan bukakan sedikit tingkap. 

Selepas solat, saya masuk ke dapur utk menyediakan sarapan. Dapur nya juga sangat kecil dan hanya ada satu besen besi dan satu periuk. Besen besi itulah yg menjadi penyelamat dan digunakan utk masak mee hoon goreng, telur goreng dsb. 

IMG 7022 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

IMG 7021 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

IMG 7023 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Saya menyediakan mee hoon goreng menggunakan mee hoon rice vermicelli yg dibawa dr Malaysia. Semua bahan memasak saya bawa dr Malaysia. Bukan kerana di sini, tiada dijual tapi kita tiada masa utk mencarinya. Petang hari kedua baru kami bertemu dgn supermarket yg menjual bahan mknan basah seperti ikan salmon. Jadi saya cadangkan utk anda membawanya dr Malaysia. 

Kebetulan ada baki daging kambing bakar yg dibeli di restoran berhampiran Gare De Nord, jadi saya masukkan sekali sbg perencah dan penambah rasa pd mee hoon goreng. Bila bercuti kita kena lebih kreatif dlm memasak. Gunakan apa bahan yg ada. 

thumbnail IMG 2667 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Selepas sarapan, kami terus bersiap siap utk keluar shopping dan juga melawat ke tempat tempat menarik di Paris. Destinasi pertama kami adalah utk ke butik Louis Vuitton di Champ Elysees.  

Dari hotel, kami hanya berjalan kaki ke The Arc de Triomphe de l’Étoile. Walau berapa kali ke sini, wajib nak bergambar di setiap kali kunjungan. 

IMG 6859 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3


Salah satu monuments yg sangat femes di Paris dan dikunjungi oleh ramai pelancung. Ianya dibina bagi memperingati pahlawan yg terkorban dlm peperangan Napoleon dan juga Revolusi Peranchis.

IMG 6883 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Selepas bergambar di situ, kami berjalan menghala ke butik Louis Vuitton yg terbesar di Paris. Bangunan LV yg tersergam itu juga adalah antara tempat pilihan pelancung utk bergambar. Hahaha termasuklah saya. Walaupun lagi 30 minit LV dibuka iaitu pukul 11.00 pagi, orang ramai telah mula beratur panjang dlm cuaca yg sangat sejuk. 

IMG 6894 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Tetapi sayang model bag yg dicari tidak ada, jadi kami bercadang utk ke Eiffel Tower dahulu sebelum menyambung mencari di butik LV Avenue Montaigne. Hubby balik ke hotel utk mengambil kereta dan kami mula bergerak ke Eiffel Tower. 

IMG 6907 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Hari minggu, jadi agak senang utk senang utk mendapat parking. Kami berjalan dr arah taman ke Eiffel Tower yg rupanya telah ditutup sekelilingnya dgn dinding kaca. Aduhai jauh pula berjalan dr Champ de Mars ke arah Trocadero Gardens. 

IMG 6933 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Ada kebaikannya juga, sekurangnya penyeluk saku yg mahu mencari mangsa di bangunan Eiffel Tower terpaksa bersusah payah sedikit dan tidak bebas seperti sebelumnya. Kita beralih topik sedikit, saya pernah melihat di mana sahabat dlm rombongan kami sebelum ini kehilangan duit yg diletak dlm pouch di pinggang dan ditutup pula dgn coat tebal. 

Bayangkan dlm keadaan kami beramai ramai bergerak dlm kumpulan, mereka blh menyelit masuk dan menyeluk saku pengunjung Eiffel Tower. Jadi kenalah berhati hati. Selain dr dlm underground train, di sinilah sasaran mereka. 

Kami berjalan ke Trocadero Garden utk bersama Nelly dan Juita yg telah terlebih dahulu berjalan ke sana. Di sini memang antara tempat tercantik utk bergambar dgn berlatarbelakangkan Eiffel Tower. 

IMG 6952 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Tapi kalau kamera murah seperti saya ini, ada masalahlah sedikit kerana ianya mengadap matahari pagi. Jadi kena guna kamera yg lebih elok atau guna handphone utk gambar yg lebih cantik. Banyak jer gambar kami yg cantik cantik di sini tapi saya simpan utk koleksi peribadi.   

IMG 6963 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Selepas puas berposing posing, kami beredar pula utk ke Louvre Museum, muzium art yg terbesar dan monumen bersejarah di Paris. Sama juga seperti di Eiffel Tower, kalau ke Paris, mesti nak bergambar di sini. Tapi utk mengambil gambar yg cantik di sini, perlukan kesabaran yg tinggi kerana orang sentiasa ramai. 

IMG 6967 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

IMG 7008 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Oleh kerana handbag LV yg dicari masih belum ditemui , kami terpaksa bergegas ke Avenue Montaigne kerana butik ditutup pd pukul 7.00 petang. Tapi sayang sekali, bag yg dicari baru sahaja dibeli oleh pelanggan sebelum kami. Hmm kiranya tiada rezeki. 

Sebetulnya menjadi personal shopper terutama utk handbag LV sangat memenatkan, terpaksa berkejar dr satu butik ke satu butik. Selepas lama beratur, bila check, bag yg dicari tiada stock. Tidak mudah sebenarnya. Belum lagi dikira muatan luggage yg berat dgn kotaknya sahaja sudah berkilo.   

Selepas keluar dr butik LV, saya mengajak anak anak utk singgah di butik Chanel sementara hubby menunggu di dlm kereta. Hmm nasib baik juga warna yg dicari tak ada. Hahaha jadi selamat lah duit sebab saya masih berbelah bahagi samada hendak beli atau tidak. 

Tapi sebaik keluar jer dr butik Chanel, ternampak pula butik Dior di sebelahnya. Seperti biasa saya mengajak masuk. Hajat hati utk melihat lihat sahaja. Tidak serious pun utk membeli walaupun saya telah lama mahu memiliki lady dior warna hitam dgn gold hardware. 

IMG 7014 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Oleh kerana staff di butik Dior rajin melayan saya sehingga akhirnya saya terbeli juga. Tapi prinsip saya senang jer, biar menyesal beli dr menyesal tak beli. Haa barulah saya blh senyum sehingga ke telinga setelah dapat apa yg dihajati. 

IMG 7017 - Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3

Kami terus balik ke hotel dan Hubby dgn Nelly keluar ke supermarket mencari ikan salmon utk dimasak sbg lauk utk hidangan mkn malam. Mahal juga salmon ini tapi kalau nak mkn, jangan dikira kira atau nak convert ke duit ringgit Malaysia pula. 

Saya menyediakan lauk asam pedas ikan salmon dgn menggunakan bunga kantan lagi. Hahaha bunga kantan yg dipetik dr pokok belakang rumah saya yg memang tengah galak berbunga. 


Selepas mkn malam, saya tertidur sementara menunggu waktu solat Maghrib. Kalau diikutkan pagi pagi lagi kami hendak check out hotel dan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Luzern di Switzerland. OK, nantikan entri seterusnya ya.


Loading...

Tags: #2019/ #Eropah #Hari #London #Percutian

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Comments are closed.