Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

IMG 7117 1 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Kini saya tiba ke catatan hari ke 5 percutian United Kingdom dan Eropah thn 2019. Catatan ini seperti yg tulis sebelum ini, bukan sesuatu yg luar biasa bagi yg telah pernah ke bercuti ke sana. Sekarang ini ramai orang telah blh bercuti ke luar negara. Dunia tanpa sempadan, maklumat hanya di hujung jari. Sesiapa pun blh bercuti. Jadi ianya juga lebih kepada kenangan dan rujukan sendiri di masa depan. Blh click entri sebelum ini di SINI.

Kali ini, kami sekeluarga berada di Luzern, hotel HIT Rental Apartment yg menpunyai dekorasi moden. Tidak besar dan tidak kecil. Selesa utk kami. Dapurnya juga cukup peralatan utk memasak yg simple simple. Jadi pagi pagi saya bangun menyediakan sarapan mee hoon goreng. 

IMG 7093 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

IMG 7092 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Mee hoon goreng bodo kerana tanpa apa apa. Telur yg dibawa dr Paris telah pecah. Mkn dgn sambal kering ikan bilis dan bawang goreng yg sedap, memang sangat sedaplah sarapan kami. 

IMG 7095 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Jika sihat dan ada masa, saya mungkin ingin membuat sambal ikan bilis kering ini utk berniaga. Sangat sedap sehingga anak saya memuji muji. Itu pun bergantung kepada keadaan. Kalau ikutkan Hubby tak bagi saya berniaga pun kerana dia tak mahu saya penat. Tapi saya minat dan suka berukhwah dgn follower saya. 

Selepas sarapan, kami bertolak ke Rheinfall yg mengambil masa selama 1 1/2 jam perjalanan. Ketika sampai, hujan pulak turun rintik rintik. Kami pula tak bawa payung walaupun pihak hotel telah menyediakan payung di atas meja seolah memberi petunjuk bahawa kemungkinan hari hujan. 
thumbnail IMG 3309 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I
IMG 7126 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Sungguh cantik keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi. Dlm hati berkata kata, betapa sangat beruntung siapa yg tinggal di kawasan yg berhampiran sungai. 

IMG 7143 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

IMG 7131 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Air sungainya sangat jernih dgn berwarna kehijuan. Tiada kata hendak digambarkan betapa hebat penciptaanNya. Air terjun dgn terdapat  bukit dan juga laluan keretapi di sebelah atasnya. 

IMG 7151 - Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I

Oleh kerana hujan tidak mahu berhenti, kami terpaksa berjalan keluar utk beredar meninggalkan Rheinfall yg cantik umpama sekeping poskad ini. Destinasi kami selepas itu, ialah Engelberg utk naik ke Mount Titlis. Perjalanan dr Rheinfall memakan masa selama 2 jam. Nantikan entri akan datang ya.


Loading...

Tags: #Eropah #Hari #Part #Percutian #Rheinfall

author
Author: 
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan
    VLOG#182|RESEP BAKSO KENYAL DAN ENAK| RESEP BY ANTI MY FRIEND
    BAHAN BAKSO 1.DAGING SAPI 450GR 2.DAGING AYAM 250 GR 3.BAKING POWDER 1 SENDOK
    Tutorial Memasak mie Ala Cef Koplak
    Saya duwiarsana, di http://duwiarsana.com mencoba memasak mi dengan kompor baru saya yang lama

    Comments are closed.