
Jika anda follow catatan perjalanan UK dan Eropah kami kali ini, pasti anda masih ingat keindahan Rheinfall yg bak gambar di poskad. Blh klik di SINI. Destinasi kami selepas itu, ialah Engelberg utk ke Mount Titlis. Perjalanan dr Rheinfall memakan masa selama 2 jam.
Sangat cantik pemandangan sepanjang jalan. Kedudukan rumah rumah kayu di lereng lereng bukit dgn pemandangan gunung ganang bersalji putih menjadikan saya ralit memerhati kiri kanan tanpa jemu. Sepanjang perjalanan adalah juga percutian buat saya, saya dijamu dgn keindahan mukabumi dan alam semulajadi.

Kalau diikut, ramalan cuaca keadaan cuaca berkabus tetapi cuaca dijangka terang di sebelah petang. Sesampai di stesen cable car Engelberg, kami mencari parking yg kawasan parking sangat luas dgn bayaran CHF5 se hari.
Kemudian Juita ke kaunter tiket utk membeli tiket naik ke atas. Tiket utk seorang ialah CHF54. Untuk ke Mount Titlis ni, dua kali kena bertukar kereta cable. Tapi kami tidak turun di tempat pertukaran kereta cable yg pertama. Di situ utk mereka yg ingin singgah bermain salji.


Di tempat pertukaran kedua, kami turun mengambil kereta cable besar yg memuatkan ramai orang secara berdiri. Kereta cable ini blh berputar 360°. Tujuan kereta cable ni berputar adalah supaya pengunjung blh menyaksikan pemandangan di sekeliling kereta cable. Tapi, pemandangan belah mana pun sama sebab semuanya putih dan berkabus.

Kami terus keluar dr bangunan stesyen utk menikmati salji yg memutih. Terdapat gambar Kajol dan Shah Rukh Khan sbg mengenang tempat penggambaran filem mereka.



Saya mengajak Hubby berpatah balik ke pelantar kerana saya mulai kuatir kerana terasa seperti nafas seperti sesak. Di ketinggian seperti ini, oksigen semakin menipis, jadi sebelum apa apa terjadi, baik saya beringat. Kami terus balik ke bangunan stesyen.

Selesai aktiviti di Engelberg, kami balik ke Luzern dan singgah utk bergambar di tasik yg terletak di tengah bandar Luzern. Di kawasan berdekatan juga terdapat banyak dereten butik barangan berjenama mewah tapi saya tidak berminat pun kerana harga di Switzerland lebih mahal.





Tags: #Eropah #Hari #Luzerne #Mount #Part #Percutian #Titlis