Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

Loading...

thumbnail IMG 4238 1 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

Kali ini saya ingin menyambung dr catatan perjalanan sebelum ini di mana kami telah disaman kerana salah faham bab parking di Interlaken. Blh click di SINI. Selesai membayar saman, kami terus beredar ke destinasi seterusnya iaitu ke Lauterbrunnen. 

Negara Switzerland menpunyai landskap yg sangat indah dgn gunung ganang dan pelbagai tasik yg menakjubkan serta binaan rumah papan di lereng lereng bukit. Jadi sepanjang perjalanan, kita dihidangkan dgn keindahan ini yg memang tidak jemu mata memandang. 

IMG 7282 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

IMG 7351 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

Sebaik tiba di Lauterbrunnen, lagi sekali terpesona dgn keindahan semulajadi yg berbukit dan bergunung dgn air terjun. Sangat mengujakan. Tapi sayang tidak blh naik ke bahagian atas 

air terjun. Terdapat notis yg ianya ditutup sehingga 13 April. 

IMG 7353 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

Jadi kami hanya bergambar di bahagian bawah dgn berlatar belakangkan air terjun sahaja. Pemandangan sekeliling yg cantik menjadikan cuaca yg teramat sejuknya ketika itu, seolah tidak terasa.  

IMG 7375 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

IMG 7406 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

Sebetulnya dr Lauterbrunnen, telah dekat utk ke Wengen yg terletak 1000 meter atas gunung dr Lauterbrunnen. Blh menaiki keretapi berharga CHF13.40 pergi dan balik. Di sini adalah interchange utk ke tempat Top of Europe menggunakan kereta kabel. Tetapi kali ini kami memang tidak bercadang utk ke sana. Insya Allah di lain kali.

IMG 7433 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2

IMG 7420 - Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2


Dari Lauterbrunnen kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Tasik Oeschinensee sebuah tasik yg cantik di atas gunung. Airnya memang berwarna turqoise dan panorama yg indah di sekelilingnya. Untuk ke tasik kita perlu berjalan sejauh 1.4 kilometer. Tapi rupanya ada juga kemudahan kereta cable utk ke sana yg kami tidak tahu. 


Tapi kerana hari hujan, kami terpaksa melupakan niat utk ke sana. Jadi kami terus menuju ke hotel. Check in di hotel jenis chalet berkonsepkan homestay di Kandersteg yg menpunyai 3 bilik. Nantikan sambungan catatan ini di entri akan datang. 


Loading...

Tags: #Hari #Lauterbrunnen #Part #Percutian

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.