Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

Loading...

IMG 7302 1 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1
Hari ini saya mahu menyambung catatan perjalanan kami di Switzerland. Blh click di SINI dan di SINI utk catatan di Rheinfall dan Mount Titlis. Kami berada di Switzerland selama 4 malam dgn menginap di 2 hotel. 2 malam di Lucerne dan 2 malam lagi di Kandersteg. 

Hari ini iaitu hari ke6 kami bertolak ke Kandersteg dgn persinggahan di beberapa tempat menarik iaitu di Interlaken dan Lauterbrunnen. 

Saya bangun pagi pagi, menyediakan sarapan nasi goreng. Selepas sarapan, kami check out dr apartment. Pukul 9.00 pagi sedia utk berangkat ke destinasi seterusnya.  

IMG 7281 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

Destinasi pertama kami ialah Interlaken. Tapi sayang kerana tempat yg ingin dikunjungi masih ditutup sehingga pertengahan April. Jadi dlm kesejukan, kami turun utk bergambar di tepi sungai yg terletak di tengah tengah bandar Interlaken yg sangat cantik. 

Terdapat itik itik yg berenang keriangan. Kadang terfikir macam mana itik ini blh tahan berenang di dlm air yg sejuk umpama air ais. 

IMG 7312 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

IMG 7288 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

IMG 7285B BCopy - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

Semasa di situ, ternampak restoran mknan halal. Sebetulnya masih kenyang tapi alang alang dah ternampak mknan halal, kami masuk utk beli bungkus dan mkn di dlm kereta sahaja. 

IMG 7339 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

Tapi bila dah masuk, kami menukar fikiran. Lebih selesa mkn di restoran. Blh pekena kopi panas sekali. Saya pun tak sedar rupanya Hubby telah mengalih kereta dr tempat parking percuma utk selama 15 minit ke tempat lain yg berdekatan dgn restoran. 

Hmm kerana tak membayar parking, kami telah disaman sebanyak CHF40 bersamaan dgn RM220 atau 

£30. Dah tak ada rezeki, namanya. 

IMG 7344 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

IMG 7349 - Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1

Kami terus mencari tempat utk membayar saman sebelum meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen. Walaupun tidak sempat utk menerokai Interlaken, tetapi cukup utk saya katakan bandar ini sangat cantik dan harus dikunjungi.

Loading...

Tags: #Hari #Interlaken #Part #Percutian

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.