Oleh : Hasif Hasan
SIVIL DAN JENAYAH
Terdapat perbezaan perbezaan antara kesalahan jenayah dan sivil, secara mudah difahami ialah:

Jenayah : Pihak pihak dipanggil Pendakwaraya lawan Tertuduh
Sivil : Pihak dipanggil Plaintif (penuntut) lawan Defendan (kena tuntut)
Jenayah : Tertuduh berada di dlm kandang tertuduh di dlm mahkamah.
Sivil : Pihak pihak berada di luar kandang di dlm mahkamah.
Jenayah : Kesalahan lazimnya melibatkan kepentingan dan keselamatan awam.
Sivil : Lazimnya membabitkan kepentingan individu.
Jenayah : Hukuman yg blh dikenakan lazimnya melibatkan denda, penjara, sebatan atau mati dan sekiranya denda dikenakan, hukuman dibayar kepada pihak mahkamah/kerajaan.
Sivil : Perintah sekiranya berbentuk gantirugi atau pampasan akan dibayar kepada pihak plaintif (penuntut) sekiranya menang.
Jenayah : Lazimnya tertuduh perlu membayar wang jaminan setelah dituduh di mahkamah.
Sivil : Tidak ada wang jaminan yg perlu dibayar oleh pihak pihak di mahkamah.
Jenayah : Lazimnya tiada kos perbicaraan yg perlu dibayar kepada pihak yg kalah sama ada pendakwaraya mahupun tertuduh.
Sivil : Plaintif atau defendan perlu membayar kos perbicaraan sekiranya mana mana pihak kalah.
Jenayah : Tiada had masa terpakai kepada pendakwaan jenayah, bermaksud tertuduh blh dituduh di mahkamah pd bila bila masa walaupun dlm jangkamasa yg lama.
Sivil : Terdapat Akta Had dan Masa yg terpakai bergantung dgn fakta kes. Plaintif mungkin tidak blh meneruskan kes di mahkamah sekiranya melebihi had waktu yg dibenarkan.
Jenayah : Pendakwaan akan terhenti sekiranya dipersetujui oleh pihak pendakwaraya.
Sivil : Saman akan terhenti sekiranya plaintif bersetuju utk tidak meneruskan kes di mahkamah.
Sekian.
Tags: #Awam #Jenayah #Orang #Patut #Perbezaan #Sivil #Tahu