
Anugerah Juara Lagu 33 yg berakhir malam semalam menyaksikan pelbagai reaksi dlm kalangan peminat. Ada yg suka dgn keputusan juri, ada jga yg mempertikaikan keputusan juri. Apapun pastinya juri yg profesional dan diberikan mandat memilih yg terbaik dlm kalangan terbaik utk diangka sbg juara!
Dalam masa yg sama, netizen juga tidak ketinggalan menulis komen tentang persembahan barisan penyanyi pentas AJL 33 itu. Jika dilihat banyak improvisasi atau perubahan melodi lagu dibuat oleh kebanyakan penyanyi yg bertanding di AJL 33.


Khai Bahar misalnya dgn penambahan suara nyaring yg tidak ada dlm versi asal Luluh. Siti Sarah yg nyanyian Semakin miliknya tampak janggal sekali seolah pertama kali didengar. Misha Omar, antara yg berani tampilkan Sampai Bila seperti mana karya asalnya yg digilai ramai.
Ada orang kata jika mahu lihat dan dengar persembahan secara langsung sama seperti dlm rakaman lebih baik dengar CD sahaja. Namun, tidak ketinggalan juga yg menyatakan terlalu banyak perubahan dan terlalu mencuba menampilkan kelainan dlm persembahan akhirnya akan menjerat diri sendiri dan mencacatkan persembahan dan keindahan asli lagu itu sendiri.
Apa kata anda?
Tags: #Banyak #Cacatkan #lagu #Over #Penyanyi #Persembahan #Perubahan #TERLALU