Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan – KPM

Loading...

IMG 20181223 195102 1 - Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan - KPM

KUALA LUMPUR: Pentaksiran lebih menyeluruh, termasuk amalan nilai murni berbentuk rutin harian akan diguna susulan pemansuhan ujian pertengahan dan akhir thn yg bakal berkuat kuasa 2019.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Shaari Osman, menjelaskan pendekatan baharu itu akan dilaksana menerusi pembelajaran yg menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan peribadi murid.

“Kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul ialah kemahiran asas murid tahap satu yg perlu dibina serta diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran peringkat lebih tinggi.

“Model baharu ini akan mencakupi pentaksiran bilik darjah (PBD) dgn menjalankan kegiatan bercerita, permainan, projek mudah, main peranan dan kuiz.

“Selain itu, guru blh menjalankan PBD dlm bentuk kegiatan lain yg bersesuaian,” katanya dlm pekeliling utk tindakan semua pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, hari ini.

Shaari berkata, proses pembelajaran, hasil kerja dan amalan nilai murni akan digunakan utk menilai perkembangan murid di sekolah.

Katanya, pelaporan pembelajaran murid oleh guru dan ibu bapa pula dipertimbang utk menambah baik proses pembelajaran serta menentukan bentuk sokongan yg blh diberikan.

“Ini bg memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid dioptimumkan.

“Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBD, pihak sekolah hendaklah merancang jadual waktu bersesuaian, selain guru melaksanakan pengajaran secara kolaboratif bg menjamin pembelajaran dan pengajaran yg lebih menyeronokkan serta bermakna.

“Kementerian juga memutuskan supaya program saringan literasi dan numerasi (LINUS 2.0) akan dihentikan mulai 2019,” katanya.

Sehubungan itu, Shaari berkata pengurusan sekolah perlu mengenal pasti murid tahap satu, iaitu thn satu sehingga tiga yg mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Katanya, usaha itu perlu disokong menerusi penyediaan intervensi pd peringkat sekolah.

“Surat ini hendaklah dibaca bersama garis panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah tahap satu.

“Susulan berkuat kuasanya pekeliling ini, surat siaran Kementerian Pendidikan bilangan 4 thn 2016, perubahan pelaksanaan saringan LINUS 2.0 mulai thn 2016 bg sekolah rendah bertarikh 31 Mac 2016 adalah dibatalkan.

“Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir thn bg murid tahap satu ini selaras konsep pembelajaran berteraskan perkembangan murid selain membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada tugas mendidik serta menyemai nilai murid,” katanya.

Sumber: BH Online

loading…

Loading...

Tags: #GANTI #Harian #Pentaksiran #Peperiksaan #rutin

author
Author: 
    Realme 5 dan Realme 5 Pro Resmi Meluncur di Indonesia, Pilih Yg Mana ?
    Realme semakin tancap gas menelurkan beberapa smartphone andalannya dgn fitur-fitur yg semakin canggih.
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg

    Leave a reply "Pentaksiran rutin harian ganti peperiksaan – KPM"