Pentaksiran baharu Tahap 1 melalui fun learning, berpusatkan pelajar – KPPM

FB IMG 1545215176579 1 - Pentaksiran baharu Tahap 1 melalui fun learning, berpusatkan pelajar - KPPM

PUTRAJAYA 19 Dis. – Pentaksiran Tahap 1 yg akan dilaksanakan pd thn depan melibatkan pelajar Thn 1, 2 dan 3 bakal memperkukuhkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah pembelajaran secara didik libur (fun learning) dan berteraskan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pelaksanaan pentaksiran baharu itu adalah bg membina dan memperkukuh kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya.

“Murid-murid akan dinilai secara berterusan dlm pelbagai bentuk pentaksiran yg merupakan sebahagian drpada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu dr aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.

“Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yg blh diberikan,” katanya kepada pemberita dlm satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Amin menambah, pentaksiran baharu itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tiada lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

“Ini bermakna mulai thn depan tiada lagi peperiksaan pertengahan thn dan akhir thn dijalankan bg murid Tahap 1.

“Ini di mana guru akan lebih memberi tumpuan mengajar dr aspek membina kemahiran karekter dan sahsiah murid serta membebaskan murid drpada tekanan belajar utk peperiksaan malah akan mewujudkan budaya belajar yg lebih seronok dan bermakna,” katanya.

Beliau memberitahu, guru blh menggunakan pelbagai kaedah dlm menilai muridnya menerusi aktiviti-aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

Walau bagaimanapun jelasnya, guru-guru tetap tertakluk dgn pelaporan asas iaitu Pelaporan Perkembangan Pelajaran Murid yg memantau perkembangan murid berdasarkan skala-skala tertentu.

“Ibu bapa tidak perlu risau dgn penilaian berbentuk formatif kerana penaksiran seumpama itu telah lama dilaksanakan. Menerusi pentaksiran baharu ini, guru akan memberi fokus secara individu kepada perkembangan murid,” katanya.

Di samping itu, Amin berkata, tiada keperluan pengasingan kelas utk Tahap 1 secara kekal atau berterusan tetapi blh dilaksanakan jika ia bersifat sementara dgn tujuan khusus utk proses pemulihan murid.

“Pihak sekolah diberi autonomi utk melaksanakan PdP serta PBD menerusi autonomi profesional dgn bimbingan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD),” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…

Loading...

Tags: #Baharu #berpusatkan #KPPM #learning #melalui #Pelajar #Pentaksiran #Tahap

author
Author: 
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk
    Puasa Pasaran Jawa
    Puasa pasaran jawa hari, puasa pasaran jawa bln, puasa pasaran jawa online, puasa
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10 : Drama terbaru ganti drama Cinta Non
    Lirik Lagu Ramadhan Nasida Ria
    Lirik lagu ramadhan, lirik lagu ramadhan datang, lirik lagu ramadhan kurindu kang abay,

    Leave a reply "Pentaksiran baharu Tahap 1 melalui fun learning, berpusatkan pelajar – KPPM"