Pentadbir sekolah perlu bantu kurangkan beban tugas guru – NUTP

08Kamarozaman Abd Razak.transformed 1.jpg.transformed 1 1 - Pentadbir sekolah perlu bantu kurangkan beban tugas guru - NUTP

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpendapat kefahaman pentadbir di sekolah mengenai inisiatif dan intervensi mengurangkan beban tugas guru yg diumumkan baru-baru ini adalah penting bg memastikan pelaksanaannya berjaya.

Presidennya Kamarozaman Abdul Razak berkata tafsiran pentadbir di sekolah termasuk pengetua dan guru besar mengenai inisiatif itu mestilah sama seperti apa dinyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) kerana jika tidak, terdapat risiko beban tugas guru akan terus wujud.

Beliau menambah pihak pentadbir di sekolah blh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah jika terdapat masalah yg timbul sepanjang melaksanakan inisiatif terbabit kerana mereka telah diberi kefahaman tentang pelaksanaannya.

“Ia bergantung kepada kepimpinan sekolah selain Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Jika mereka tidak memahaminya, mungkin akan berlaku masalah utk melaksanakan inisiatif itu.


“Kita berharap inisiatif ini tidak disalah tafsir seterusnya berlaku masalah (pelaksanaan) yg akan mengakibatkan bebanan tugas guru tetap berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata pentadbir sekolah perlu diberi autonomi dlm menyelesaikan masalah yg mungkin timbul ketika melaksanakan inisiatif dan intervensi itu serta turut berpendapat jika ia dilaksanakan dgn betul, beban tugas guru blh dikurangkan sehingga melebihi 25 peratus.

“Apa yg kita mahu ialah keseronokan murid utk datang ke sekolah kerana perhatian guru itu lebih kepada mereka, bukan lebih kepada tugas dokumentasi,” katanya.

Kamarozaman menjelaskan bahawa NUTP sangat positif dgn usaha yg dilakukan KPM itu dan menyifatkannya sbg situasi menang-menang antara KPM dan pihak sekolah.

Beliau turut berkata ketika ini KPM dan NUTP sedang mengusahakan fasa kedua pengurangan beban tugas guru secara jangka sederhana dan panjang yg menyasarkan utk menyelesaikan masalah berkenaan 100 peratus.

Isnin lps, KPM mengumumkan lima inisiatif dan sembilan intervensi bg mengurangkan beban tugas guru, yg mula dilaksanakan Januari thn ini.

Antara yg diumumkan ialah sekolah dibenarkan merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yg sesuai dgn keperluan murid susulan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1.

Selain itu, turut diumumkan ialah bg pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), terdapat penambahbaikan proses perekodan yg mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital. – BERNAMA

loading…

Loading...

Tags: #bantu #beban #Guru #kurangkan #NUTP #pentadbir #Perlu #Sekolah #Tugas

author
Author: 
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di
    Arti Kata Gaul Tenyom
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Tenyom, baik itu di dunia
    Early Reading Materials (Part 4)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti

    Leave a reply "Pentadbir sekolah perlu bantu kurangkan beban tugas guru – NUTP"