Penstrukturan PPD, JPN perlu diperhalusi – Melaka

xz 1 - Penstrukturan PPD, JPN perlu diperhalusi - Melaka

MELAKA TENGAH – Kerajaan negeri berharap Kementerian Pendidikan perhalusi kaedah penstrukturan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Gred DG42 ke bawah

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi negeri, Noor Effandi Ahmad berkata, pegawai yg berusia 55 thn ke atas dilihat tidak sesuai utk bertukar jawatan sbg tenaga pengajar di sekolah dah seharusnya diberikan pengecualian pertukaran.

Menurutnya, pihaknya bimbang penstrukturan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pd Disember depan akan memberikan impak negatif, bukan sahaja kepada individu terlibat, malah tidak mustahil kepada kecemerlangan prestasi sekolah.

“Jika pegawai Gred DG42 dan ke bawah itu dipindahkan utk mengajar, ia akan menjejaskan motivasi mereka selain semangat ketidaksediaan utk mengajar kerana majoriti mereka telah meninggalkan dunia pengajaran lebih 10 thn dan hampir bersara.

“Apa yg kita risaukan, ia akan memberi kesan pd proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), mungkin juga akan menimbulkan pelbagai isu sehingga blh mengganggu sistem pendidikan negara,” katanya.

Effandi berkata demikian kepada pemberita di luar dewan selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Katanya, walaupun pelaksanaan berkenaan tidak membabitkan jumlah yg ramai iaitu sekitar 10 peratus drpada 500 pegawai yg berkhidmat di JPN serta tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Melaka, namun ia perlu diberikan perhatian.

Effandi yg juga Adun Telok Mas berkata, kerajaan negeri bagaimanapun menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan utk melaksanakan penstrukturan semula PPPM bg memastikan kualiti pendidikan terjamin dan dpt diperkasakan.

“Namun, kita harap golongan hampir bersara ini tidak diabaikan dan dikekalkan dgn jawatan mereka yg sedia ada,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Carian Berkaitan

penstrukturan ppd
Loading...

Tags: #diperhalusi #Melaka #Penstrukturan #Perlu

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Comments are closed.