Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yg Anda Perlu Tahu.

Loading...

Nampaknya kerajaan telah mengenakan peraturan baru bg mengawal akses kepada kandungan Android Box yg semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

AndroidBBox - Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yg Anda Perlu Tahu.

Bagi mereka yg tidak tahu apa itu Android Box, Android Box ialah sejenis alat ataupun peranti yg digunakan utk mengakses saluran luar negara dan aplikasi di kaca tv anda.

Anda blh;

👉 Tengok filem percuma, ini ramai yg selalu buat. Hahaha.

👉 Akses aplikasi Android menerusi kaca tv. Hah, yg ada telefon Android tu fahamlah kan. mcm buka email ke, buka Facebook ke, update Twitter ke, semua blh kat sini.

👉 Layari internet. Buka website. Tengok drama-drama tempatan dan luar negara. Tengok berita TV3 pun blh.

👉 Main games!

👉 Baca berita kat portal-portal.

👉 Youtube. 

👉 Netflix, Iflix (kena langgan dulu ya) 

Dan mcm-macam lagi lah! 

via GIPHY

Tetapi majoritinya orang selalu guna Android Box utk tengok filem dan drama luar negara menerusi pelbagai saluran yg ditawarkan menerusi KODI (salah satu aplikasi yg ada pd Android Box).



Saluran-saluran luar negara ini sesetengahnya ada ditawarkan menerusi Astro dan Hypp TV tapi bayaran blnan dia mahal la kan. Melalui Android Box dia jadi murah sikit. Ada pakej sekali bayar, beli Android Box dpt mcm-macam saluran tempatan dan luar negara. Ada yg kena bayar bln-bulan tapi berbaloi la kalau nak dibandingkan dgn Astro tu. 😂😂😂.

Disebabkan terlalu byk saluran, sesetengah saluran ini agak bahaya pd budaya kita. 

Apatah lagi saluran luar negara ini tidak melalui proses tapisan. Kandungan sensitif disiarkan tanpa kawalan.

Disebabkan itulah kerajaan menerusi SKMM mengambil tindakan utk menyelia penjualan dan penggunaan ANDROID BOX yg semakin mendapat permintaan tinggi dikalangan masyarakat kita.

Apakah yg dianggap kesalahan ya?

👉 Jika sambungan kabel/satelit antarabangsa yg tak dibenarkan digunakan utk berhubung dgn Android Box tu.

Dengan kata lain, kalau Android Box tu dihubungkan ke sambungan kabel yg TAK datang dr sambungan talian darat Malaysia atau sambungan WIFI yg diiktiraf, maka ia melanggar peraturan SKMM.

👉 Tidak dpt pengiktirafan dr Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Ini bermakna, ia tak blh digunakan di negara ni. SIRIM dah dilantik sbg badan kawal selia yg diberi kuasa utk menguji dan meluluskan penggunaan Android Box yg sampai ke negara ni. Jadi, kalau Android Box tu tak ada sijil/logo SIRIM, ini bermakna ia adalah peranti tak sah dan haram.

👉 Kandungan Android Box haram blh melanggar undang-undang harta intelek, terutamanya Akta Hak Cipta. Pihak SKMM dan Kementerian Perdagangan Dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dah menjejaki Android Box haram ni, sebab kebanyakan drnya menyediakan laman stream haram kepada orang ramai utk menyiarkan filem, dokumentari dan berita.

Okay, jadi bagaimana ini blh menyusahkan hidup anda sbg pemilik ataupun sbg penjual? Hah, yg ini kena faham serba sedikit jugalah.

via GIPHY

👉 Sbg pembeli/pemilik : Anda blh didakwa di bawah Seksyen 239, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut akta tersebut;



Seseorang yg – (a) menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard; (b) ada dlm milikannya apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard yg dia tahu atau ada sebab utk percaya merupakan suatu kelengkapan atau peranti tidak standard bg maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakan kelengkapan atau peranti itu;

Makanya, memiliki Android Box yg tak memenuhi piawaian SKMM dan kalau rangkaiannya berhubung dgn sumber yg haram, korang blh didakwa di bawah akta ni. Jadi, kalau korang ada Android Box dan korang tahu yg ia berhubung dgn rangkaian tak sah, atau korang buat sesuatu yg tak sah dgnnya, pihak berkuasa blh datang dan tahan korang.

Ia sama je mcm korang muat turun filem cetak rompak atau software haram dlm laptop. Ia tak membuatkan laptop korang tu haram, tapi apa yg korang buat tu sebenarnya yg salah.

👉 Sbg penjual : Di bawah Peraturan 16(1), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia 2000 menerangkan larangan terhadap penjual yg secara haram mengedarkan Android Box dlm peraturannya sbg;

Tiada seorang pun blh menggunakan, menawarkan utk menjual, menjual atau ada dlm miliknya dgn tujuan utk menjual apa-apa kelengkapan komunikasi; (b) yg tidak diperakui sbgmana yg dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini;

Peraturan ni bgtau pasal larangan terhadap apa je peranti yg tak memenuhi peraturan, dan ni termasuklah Android Box sekali.

Setakat April 2019, SKMM telah menyekat lebih dr 246 laman web yg menyediakan penyiaran haram, dan tengah menahan para pengedar dan penjenayah Android Box haram ini.

Muat turun konten tak sah dan strim melalui Android Box yg tak ada kelulusan juga blh membahayakan. Sebab, ada di antara peranti android ni blh digunakan sbg alat intipan utk mengumpul data-data peribadi korang, yg blh digunakan utk keuntungan komersial. 

Pelaksanaan pengharaman ini juga blh mengekang aktiviti cetak rompak dan menghentikan pelanggaran undang-undang hak cipta.

via GIPHY

Cara terbaik utk pastikan selamat dr dikenakan sebarang tindakan undang-undang ialah dgn memastikan anda membeli Android Box yg disahkan sahaja. 

Sebab kat sini kerajaan bukannya menghalang korang dr menggunakan Android Box, tetapi korang dilarang dr menggunakan Android Box yg tidak sah dan kandungannya pula melanggar undang-undang Akta Hak Cipta. Yg lebih membahayakan, jika kandungannya terlalu terbuka, ia juga tidak sihat utk budaya masyarakat kita.

Loading...

Tags: #anda #Android #diHARAMkan. #Penjualan #Perlu #Tahu #tidak

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Comments are closed.