Penjelasan surat arahan guru opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki MUET

PhotoGrid 1556973846871 1 - Penjelasan surat arahan guru opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki MUET

Viral dua pucuk surat bertanda tangan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin berkenaan TAHAP PENGUASAN BAHASA INGGERIS GURU OPSYEN BAHASA INGGERIS BERLANDASKAN COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE (CEFR) dan PELAKSANAAN KURSUS PROFESIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE TEACHERS (PRO-ELT) di laman grup-grup Facebook dan juga laman media sosial lain seperti Whatsapp dan Telegram.

Hingga saat ini masih tiada pencerahan atau penjelasan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan surat-surat berkenaan.

Laman Facebook NUTP pd 2 Mei 2019 telah memuatnaik dua pucuk surat ini dgn status mengajak Guru Bahasa Inggeris menjadi ahli kesatuan tersebut bg memperjuangkan isu tersebut. Kami masih kabur perjuangan utk isu apa…

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kami menghubungi beberapa sumber yg blh dipercayai dr ‘kayangan’ (terma digunakan warga FB yg tak tahan daulat dgn golongan PPD, JPN dan Putrajaya).

Menurut sumber berkenaan, surat tersebut dihantar kepada jabatan pendidikan negeri seluruh Malaysia sbg punca kuasa utk setiap negeri mengeluarkan pula surat arahan utk pelaksanaan program PRO-ELT dan ujian MUET tesebut.

Siapa yg perlu ambil ujian MUET?

Menurut sumber kami lagi, ujian MUET tersebut hanya perlu diambil oleh 20,634 orang guru seluruh Malaysia. Lebih dua puluh ribu guru opsyen Bahasa Inggeris di Malaysia ini tidak pernah menduduki atau mengambil apa-apa ujian kemahiran (profeciency test) sama ada MUET, APTIS, CPT atau lain-lain ujian.

Bagi guru-guru yg telah mengambil pelbagai ujian tersebut dan memiliki keputusan mereka, mereka TIDAK PERLU utk duduki ujian MUET pd thn ini walaupun tahap kemahiran mereka masih belum mencecah minimum C1.

Jadi bila pula mereka perlu ambil?

Entah lah, sumber kami hanya memberitahu, tunggulah surat arahan drpada pihak yg berwajib.

Beberapa komen yg kami tinjau berkenaan isu ini byk berkisar tentang bayaran yg perlu dikeluarkan sendiri oleh guru yg terlibat.

Isu-isu lain termasuklah keperluan ujian tersebut seolah tidak mengiktiraf sijil ikhtisas atau ijazah yg diperoleh sebelum menjadi guru.

Setakat ini info yg kami peroleh dahulu.

Harap maklum…

Loading...

Tags: #Arahan #BAHASA #Duduki #Guru #Inggeris #MUET #Opsyen #Penjelasan #Perlu #surat

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Comments are closed.